Protected by Copyscape Plagiarism Check
Showing posts with label family n friends. Show all posts
Showing posts with label family n friends. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Seorang Pensyarah Yang Telah Ditinggalkan Kekasih

Puyu, Alor Setar - Seorang pensyarah telah dilaporkan ditinggalkan kekasih? Kekasih apa? Sila baca dengan jelas. Untuk pengetahuan umum wahai readers yang disayangi, satu rompakan rombakan besar-besaran telah berlaku di pejabat I yang lebih dikenali sebagai Office Puyu (so damn cute isn't it?) petang tadi. Rombakan berkenaan telah melibatkan satu perubahan drastik yang sangat mengejutkan dan I kaget hari ni. Bagaimanakah bila I kaget ~_~ . Maknanya I terkesima. Kenapa I terkesima? Sekarang dah tak boleh nak gosip-gosip atau dalam bahasa ilmiahnya untuk bertukar-tukar pendapat mengenai apa yang dilihat, dirasa, diketahui atau yang tidak diketahui. Atau mungkin tidak lagi dapat berdiskusi mengenai kewujudan makhluk asing yang baru-baru ini telah berjaya melarikan 2 buah LCD untuk memastikan UFO dapat menyuluh jalan pulang ke angkasa dengan terang. Reasonnya kenapa? Sila bulatkan mata...

Kekasih I dah pergi membawa meja, kerusi empuk, rak fail bertimbun, kotak kertas recycle dan juga yang penting sebuah printer bersamanya. Hidup I dan printer seperti gigi dan gusi. Sangat Memerlukan. Perlu dibuat pengakuan, disaat ini, printer adalah lebih bermakna dari kekasih yang dimaksudkan. kehkehkeh

Cuba teka siapakah kekasih yang dimaksudkan? (2 marks)

 Kekasih ini bukanlah boleh dibuat kahwin jauh sekali untuk I nak pergi meminang. Kasih ke kasih di office sahaja wahai readers iaitu rakan-rakan seperjuangan. Disebabkan rombakan besar-besaran berkenaan I dengan rasa pilunya telah dibiarkan terkontang kanting sendirian. Rakan-rakan telah berjaya dipindahlan ke tempat yang lebih abadi di sana.... T_T .

Tapi I warning mereka jangan nak kekwat dengan dengan I atau saja nak berjalan catwalk sambil tata-tata ke arah I masa nak datang potostat. Kwakwakwa! Disebabkan keakraban I dan rakan-rakan walaupun I selalunya senyum-senyum dalam dunia sendiri dengan mengadap laptop, I dah booking port baik dalam office baru mereka. heh jangan harap korang boleh bersenang lenang aku tak ada.muahahaha. Aku akan menghantui korang kat tingkap belakang korang tu. kehkehkeh.

Tuesday, May 10, 2011

welkam welkam

Assalamualaikum.

Agak-agak macam dah berhabuk ini belog. Memang malas lah nak menulis kat sini sebab yang perlu ditulis pun tak tertulis. Ehh tak..menaip. Sorry.

Tapi sebab macam sia-sia ada blog tapi tak menyibuk macam tak best pulak kan. Jadi why not jom together-together we menyibuk in this blog while having fun with assignments and last to go kerja. Yeayyy ;p But honestly, I was too busy lately.

However, I hope it is not too late ;p ahaks to wish my beloved father, Selamat Bersara and Happy 58th Birthday. Erk actually on 28th Mac ago. teheeeee ;p Debushhhhh so teruk kan even my beloved father's birthday pun I didn't post any entry rite? hishhh. TAPI I tak lupa nak celebrate hokey! jangan cakap I ni lupa daratan hokey. I never missed to celebrate any birthday of Husain's family. Paling koman pun just texting "happy birthday" heheheeeee.



Ini kek 1/2 kg je. Cukup la utk 4 org makan je. kang yang besar-besar tong color hitam yang makan. Ohh ni perisa pandan. Jadi memang kena ambik perisa camgini sebab moist-moist apa ke benda tu my father tak layannnnn.. Tapi tak clear kan orang tu tulis.Tulisan tu bertulis "Selamat Hari Jadi & Selamat Bersara. PAPA 58". Tapi macam..ehhh tulis apa tu??. Haishhh. memang la... malas nak kecoh-kecoh, I pay and terus chowww..


Tapi dalam pada tu. Banyak pulak tapi-tapi lak ye. Dalam meniti hari-hari persaraan beliau, jasa dan pengorbanan beliau untuk negara ni cewahhhh tak dilupakan. Pendek kata.. Rezeki bersara la ni...



Nampak tak jelingan mak I. Huihhh. heheheheee ;p
Btw, ma.... mama pun dah dapat naa tahun lepas kan? Tapi my father kali kedua dah dapat. Tapi kali ni dapat Bintang terus. Ok fineee I tak tau bintang tu apa, pingat tu apa... Datok memang dah dapat. Tapi datok ni ada nama glemer.. Tokwan. teheeeeeeee



Ehh tapi alang-alang dah stori pasal my beloved mother. Tak dilupakan nak ucak Selamat HARI-HARI adalah my hari ibu. Special tak? Spesel tak? Hari-hari tu.... Ohh ada jugak kek tapi ni di-sponsor oleh my big bro so hak cipta kek tak boleh update kat sini. teheeeeee. So kang the big bro saman haiiii naya lah.

Sunday, April 24, 2011

HAPPY BIRTHDAY!! Part 2
















Saturday, January 15, 2011

Done With Facial Treatment!

Since I have no where to geuuuu today...

So I decided to spend my precious time in Zarinas Aromatherapy and manjakan my face dengan facial treatment with Vitamin C. From 4pm until 6pm. Nyamaaannnnnnyeeee... Sebab muka I ni alhamdulillah tidak lah terlalu bermasalah cececehhh except little bit oily so tak perlulah memperuntukkan masa yang lama pura-pura tidur masa treatment berkenaan. Sakit kepala hokey bila bangun dari pura-pura tidur tu.

Tetiba I rasa sangat kenyal yee kulit muka I ni. Boleh baling bola squash kat pipi so confirm bola squash tu melantun dengan laju sekali. Treatment untuk mengurangkan stress dikala tengah kekusutan. Two thumbsup yaww! So people outhere. Go and do it today. Very good hokey! Jangan tunggu dah wrinkle-wrinkle baru nak pergi. Not good.. Not good... Untuk kurangkan kecenderungan muka yang sembab sahaja. Jadilah kan??

Btw.. Happy when I reached home, the chosen paints yang I cakapkan ni dah safely arrived yeayy! Cumilll pulak dah aku tengok. Macam sayang je nak pakai.. muahaha. Jadi esok.. brader-brader tu akan mula mengecat the whole rumah dengan color-color ceria memukau mata. KCC paints sudah!


My room










I really love the pink one on the right. Pinky and add some soft pink on the left to give some effects of shine so jadilah Pinky Shine wahahaha!

KCC codes : 7125R & 7129R


Lovely parents' room & Big bro + bakal isteri teheeeee





Owh MG! Serious so nice this colors.. chantek kan? chantek kan? T_T heeeeeeeee. Ok hijau (seswai untuk my parents eheemmmm - pilitik..politik... muahahaha).

KCC codes: 7152GN & 7150GN


Younger sister room





Ni pilihan hati adekku si kepochi ehhhh si nadia a.k.a Nad muahahaha. Asalnye nak hijau tapi samala pulak dengan parents and big bro. So melepas..... Nice what purple-purple ni. Color corporate UiTM dihatiku kahkahkah.

KCC codes: 7079V & 7093V

Big Sis room + Husband + Budak Tecikkk


Maaf tiada gambar color bilik mereka memandangkan mereka hanya musafir. hihihihihiii. Owh btw, bilik mereka sebenar color di Raja so sangat diva hokey! (maintain bilik yang lama ;p)


Warna warni rumahku kelak......






FYI, color-color ni dengan bangga dan terujanya, I yang pilih.
Tapi color yang living hall agak mendukacitakan la pulak. Macam tak gorjes T_T

Monday, November 22, 2010

is doing the first assignment while looking at the Small Little Thing

Thank you

The Small Little Thing giving me lots of inspiration (adehhh). Frankly speaking, I can't take my eyes of you. OMG.

The first assignment for this semester. Googling any companies to be a subject for the assignment. MALAYSIA AIRLINES or LADA. Oh readers, come on, I need to submit on this coming Thursday but I still struggling to decide company mana nak kena buat ni? Most probably I go for MAS kot. Information semua cukup. -end-

The best part is..

The inspiration (adehh). The Small Little Thing that someone has left inside of my mail-box. Yellow envelope.







The inspiration (adehhh)?








 Btw, so touched and boleh jadi sentimental value. Next 50 years boleh lelong mesti ramai nak bid.. muahahaa.

Deary friend in Segamat,

Miss me yaa....

Thursday, November 18, 2010

Selamat Tinggal Part II - "GONE"

 Again

Selamat Tinggal

But hope, this is not Selamat Tinggal selama-lamanya. Eventho YOU in the South, WE in the North, but then still in Malaysia. Across the miles, I know we will never be apart (guess why). Akan jumpa lagi setiap hari ahad teheeee.

FYI, sila buat penempahan awal untuk trip Suka Menanti - UUM. huahuahua

But of course still rindu sama loh. Nanti I akan akan rasa kurang seorang setiap kali pukul 5.05 minit petang sebab masa tu mesti semua berkumpul dekat my work station waiting to thumbprint. Sambil tunggu tu, bercerita macam-macam eventho I ni tak pandai sangat nak berborak sangat muahahaaa. (Readers, maybe yang ni you all akan muntah renbowww (shaakiroh, 2010) ).

Dear Shaakiroh binti Murad,

The things I will miss about YOU:

1) your gorjeregess outfits teheeeee (especially tudung lah)
2) your ezejerit bila nak cakap sesuatu lebih-lebih lagi kalau bab nak menyakat orang
3) your gelak yang ada sikit sekat-sekat (I don't know sebab I dengar macam ada gelak sekat-sekat muahaha)
4) your down to earth punya keperibadian hikhikhik
5) your trillionsss of ideas to kena orang balik muahahaa
6) your tears for next year (I guess you know lah)
7) your KUBOQ yang selalu parking dekat tempat pengurusan
8) your smile yang nampak cukup menawan (not really comes from my heart actually teheee)
9) your kulit zebra lappy

10) many more lah



 Our last pic for our first journey to UUM for this semester. See, my new friend from segamat a.k.a cik Shaakiroh. tapi why dalam pic ni nampak dia malu-malu. Owh I can't believe this! muahahaa.



Tapi I at least hilang sikit rasa ralat plus sedih plus dukacita plus kemurungan sejak ketiadaan cik Shaakiroh since memang akan jumpa (hopefully) every Sunday sebab she is our penompang setia to UUM teheeee. So ada masa lagi sekurang-kurangnya sampai bulan February 2011. Sebelum ni I tengok Linie, Linie tengok I, I tengok tepi, Linie tengok depan. Sekarang ada our new friend from Segamat, riuh rendah la sikit muahahaa. Owh, to all readers, nanti I kenalkan dekat you all our friend from Segamat ni bila dia datang hari ahad ni hokey. lalalalaa..

Btw my good friend, I doakan kesejahteraan kamu disana ya. Semoga lebih cemerlang gemilang terbilang di sana. I doakan everything is in the right track and I think this is the wise decision you did. InsyaAllah. Hope, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. 

Kalau ada lembu diladang, 
Jangan kita menumpang mandi, 
Kalau cuti aku panjang, 
Boleh kita berjumpa lagi teheee..

As usual lah. I akan dedicate one song macam yang I dedicated dekat post Selamat Tinggal.
Just for you untuk Shaakiroh Murad. And yang lagi best bila lagu ni memang sesuai sangat untuk you lah.

"GONE"
(pandai tak aku...)
teheeeee





Miss you lah.

Saturday, October 30, 2010

Bila Ultraman Umur 3 Tahun

Ini Entry Marathon (Satu hari ada lebih dari satu entri. Sila baca.. ;p)


The cake



Dear Ahmad Khairi Saniy @ Ayie,

Makcik baru nak letak entri pasal ayie. Sorry sangat makcik tak sempat nak update pasal birthday ayie bulan lepas on 23rd September 2010. Happy belated birthday ayie. Masa ayie celebrate birthday hari tu, makcik tak ada kat rumah. Makcik kena pergi Telok Bahang. Jadi hadiah, makcik tak boleh bagi la (honestly memang tak sediakan hadiah pun ;p).

Ayie,
Makcik minta maaf jugak sebab sebenarnya, makcik yang cabutkan gambar ultraman yang atas kek ayie tu. Lepas tu, ultraman ayie tu melting sebab expose bawah kipas. Makcik buat dekkk je masa ayie lari-lari nak tengok ultraman ayie tu dah rosak. Masa tu makcik siap gelak lagi kat ayie teheeee.

Ayie,
Lagi satu, makcik saja je tak nak teman ayie tengok cartoon. Makcik bagi alasan cartoon tu pun nak pergi tidur (masa tu pukul 3 pagi tu...ingat makcik ni species owl ke? huhuhu). Ayie pun percaya bulat-bulat then ayie cakap.. "esok cartoon tu bangun ke?". Makcik cakap, "ha ah, mama cartoon tu suruh pergi tidur, kalau tak esok tak boleh pergi main kat playground.." muahahaa..

Ayie,
Ingat lagi tak yang french fries ayie beli kat KFC dengan pakngah kot rasanya, ayie tinggal atas meja. Ayie tak nak makan lagi sebab nak main set golf yang pakngah belikan sempena birthday ayie hari tu. Lepas main, masa ayie nak makan, french fries ayie dah tak ada. Yang tinggal just kotak je. Bila ayie tanya, makcik cakap.. "cat ambik kot. Tu la, ayie tak makan terus. Cat dah ambik dah...". Then ayie cakap, "apela cat ni ambik kentang ayie. Ayie nak makan pun tak de". Ayie, sebenarnya french fries ayie tu dah selamat masuk perut makcik dah. Siapa suruh ayie lambat makan hahahahaaa..

Ayie,
Masa makcik janji nak bawak ayie pergi TESCO besar tu (masa tu Auntie Linie pun janji jugak tau), makcik cakap, TESCO besar dah tutup. Sebenarnya memang makcik malas nak bawak la. Makcik tak ada duit masa tu habis shopping barang raya. Ayie cakap, "lain kali kita pergi ek. Ayie bawak duit raya ayie kita beli mainan sama-sama,". makcik senyum lebar je, terus makcik cakap ORAIT AYIE ESOK GAK KITA PERGI!!...

Ayie,
Itu je kot yang makcik nak bagitau. Hopefully, I will still be your BEST MAKCIK EVER ok. Nanti makcik belikan ayie baju BEN 10 ok kat pasar malam hikhikhik..

Happy Belated Birthday AYIE!!
We all love you so much..

Salam Sayang,

Sunday, August 29, 2010

Selamat Tinggal

Khas untuk my friend Mastura Mahtar yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga dia tenang di sana..

Ehh sorry sorry ye readers..
Jangan terkejut statement di atas. Bukanlah pergi meninggalkan kita selama-lamanya ok. Beliau telah pulang ke kampung halamannya di oversea sana.. Lengkewi Island ya (loghat omputih) Ya I will miss your articulation bebey.




Ni la Mastura Mahtar. Cuba teka yang mana satu?

So kitorang pun adala buat farewell dinner (break fast) kat Petai Belalang. Yes nama tempat tu Petai Belalang, tempat tanam petai and ada banyak belalang dok hinggap. Tapi I tetamu VVIP so I yang paling lambat sekali. Well, reserved seat muahaha..

I doakan my buddy yang seorang ni akan success di tempat baru and jangan lupa daku ok. Lagi satu, jangan lupa singgap kat belog I ok kalau nak tau perkembangan yang terkini pasal I dan yang lain-lain. Sila ajak anak-anak murid you singgah sekali dan jadi follower pada interaktif belog ni ya kahkahkah

So ni ada sikit pics yang boleh dilihat sempenan farewell dinner tempoh hari (hari khamis kot). Tapi maaf ya, gambar ni I curi dari FB cik Shaakiroh sebab I lupa bawa camera and I yang last sampai so semua dah habis snap gambar diri sendiri so tak tunggu I ni muahahaha



Ni gambar curi dari FB Shaakiroh Murad

Alaa.. cik Shaakiroh dah watermark gambar jadi tak boleh ambil sebab nanti dia leh sue I. Tak boleh..tak boleh sebab court depan college I je.. Lagi pun I kena pakai banyak duit untuk raya ni plus nak kena tukar handphone sebab handphone I dah tak boleh sms (button no 1 dah tak boleh tekan so setiap sms yang I hantar akan ada yang miss huruf abc).

So sebab dah tak ada pics pg farewell dinner so I selitkan lagu khas buat Mastura Mahtar.. Terima la...
Please...mode sedih..





Hahaha lagu ni agak kecintaan ye. Tapi tak apa. Lebih kurang la untuk imbas-imbas saat-saat yang best dengan cik Mastura. I ingat nak letak banyak gambar (ala-ala video clip gitu) so sambil dengar lagu ni boleh la scroll all the pics but I malas nak buka laptop and transfer all the pics to PC (hehehehe) So just use your imagination la ek.

Harap mode sedih..




Saturday, August 7, 2010

Old Friends

This week memang busy ya amat and I tak tau busy pasal apa. Maybe sebab kena submit assignment kot. Tapi its ok sebab yang good news nye I jumpa balik dengan my old friends yang dah lama lost contact. Sangat gembira ok. Jumpa kat facebook, now it seems so interesting using facebook. teheee.. Before this I selalu ignore friend requests (without open it and check who they are :) I bukan apa, sebab I dah tak tau nak buat apa dengan facebook dah sebab benda yang sama and kalau you all perasan memang I dah jarang up status. Actually I ada dua facebook accounts tapi facebook yang satu lagi I reserve just for games! muahaha.

Back to story, I nak story sikit pasal my old school life yang I nak share sangat la. I tau you mesti gelak golek-golek kalau tengok pics I masa sekolah sebab innocent gila. Pakai bedak cina je. masa tu bedak cina paling cun la.. Lagi satu masa sekolah I ni tak cantik (sekarang cantik ke?hikhikhik). I gelap, gemuk dan tomboy dan pendek! Malu la nak bagitau lebih-lebih.

Tak sabar I nak tunjukkkk...

Introducing you....



Ni gambar masa form 3 kot kalau tak salah or maybe Form 2. Ntah I tak ingat. Sebab I cam Choo Pek Ngoh, I punya jiran sebelah meja. I suka duduk sebelah chinese sebab boleh tiru math hahahahaa.. memang kerja I la datang pagi-pagi pinjam buku math dia and copy paste! Dia baik gila la. Bagi je I tiru. I suka skipped assembly sebab nak buat kerja terkutuk tu. muahaha. Tau ke I yang mana satu? Cuba cari yang paling comel muahaha. Ni masa Teacher's Day Celebration. Ehem ehem cake yang I punya cikgu nak potong tu, I yang beli ok ;p.. Ni cikgu Geografi merangkap cikgu kelas. Dia ni comel-comel sikit orangya tapi serius garanggg grrrr... I dah lupa nama dia :(



Ni pun gambar kelas I masa form 2 or 3. Tengok girl yang dok sebelah kiri I, kalau you all tengok gambar ni means sebelah kanan you all la. Dia ni my buddy since darjah 5. Orang cakap muka dia macam kakak I. I jealous tau orang cakap macam tu sebab kakak I ni primadona masa kat sekolah rendah and menengah, so my buddy ni tumpang glemer dia la sebab tu I tak suka. Why bukan I yang glemer muahahaa. Sorry beb!



I benci ok nak tunjuk gambar ni tau sebab I sangat la innocent (nak cakap ugly look sebenarnya). Masa ni tak de orang yang nak ngurat I. Ceh sekolah pun semua perempuan what for nak ngurat-ngurat. Les ke? kihkihkih. Tapi masa ni siapa yang dapat kakak angkat kira macam dapat boifren la muahaha. Kelaka kelaka. Tapi at last I dapat gak kakak angkat nama Kak Riza kot. I dah lupa. Kakak angkat I lagi hebat sebab silat gayong tuuu, prefect lak tu. Dia pun I tak tau dah apa jadi. Oh btw, I pun ada adik angkat (nak jugekkkk), samala lost contact gak teheeee.. Ingat lagi, kalau gayut telefon memang lama gila. I pelik la, why should we treat kakak or adik angkat macam couple. Gila apa masa tu! Oh btw, yang I nak introduce sebenarnya kawan I ni. Dia ni la yang terjumpa balik minggu ni setelah 10 tahun lost contact ni! Yang mana satu ek?

I nak share dengan you all term SYOTE. Cara sebut "SHO-TE". Maknanya SYOk TEngok! huhuhu. SYOTE ni sebab kita suka tengok orang tu lawa ke, cun ke, cantik ke, hensem ke gagah ke, apa-apa jela yang kita suka tengok. Macam usha la.. So kita ambil dia jadi SYOTE! I pun tak faham la masa sekolah dulu  Ni la problems kalau sekolah semua perempuan ni... Ni pun macam ambil kakak or adik angkat la.. Trend masa tu, kakak, adik angkat or syote kena sorang je. Macam couple, kena sorang je. Tak leh kongsi-kongsi. Kalau kongsi kira yang sorang lagi boleh mintak clash!! WTH...



Ni la kantin kami ye. Makan nasi telor kuah kicap yang cair! Hari-hari makan tu. Kadang-kadang tukar sikit makan ayam goreng kuah sambal yang tak macam sambal. Cair je kuah. Ingat lagi ada sorang orang tua, kami panggil Tok Wan, kerja kat sini yang selalu sound kitorang sebab suka combine meja. Ikut rules, tak boleh oo.. Ni masa form 4. Kitorang dulu agak nakal. Suka buli prefect. Hehehe. Sebab prefect hari-hari akan keluar rehat awal 10 minit so sebab kami malas nak beratur sesak masa time rehat so kami suruh prefect tolong beli siap-siap so kami keluar rehat just terus makan. Meja pun siap reserved! Hahahaha. Prefect yang kena buli? FYI, I dulu prefect masa form 2 so I pun antara yang jadi mangsa buli! Lepas tu I resigned kononnya nak concentrates on my PMR la. Hek eleh... Result tak gempak mana pun.




Ni kira geng I masa form 4 and 5 la. Empat sekawan. Semua dah bawak haluan masing-masing and sorang I dah lost contact. Yang sorang lagi tu just jiran I je. Satu taman but seriously I tak jumpa pun even rumah dekat. Yang sorang lagi sekarang be friend dalam facebook. Bagus gak facebook ni.



Ni bangga gila depan gerai Usahawan kitorang. Masa ni geram gila sebab gerai kitorang tak menang gerai tercantik sebabnya tak dinafikan gerai kitorang yang paling cantik ok! Serious I tak tipu. Siap ada mascot. Tapi sebab ayam goreng yang kitorang jual tak siap goreng lagi so dorang tolak markah. Apa ingat ayam goreng celup-celup je ke? Memang tak puas hati.



Ni gambar last on my last day kat sekolah menengah a.k.a Form 5. Sangat sentimental! Miss them so much. Kelas yang sangat buruk sebab dah tanggalkan semua notis-notis and everything sebab setiap kali hujung penggal kena buang. Dah rules sekolah macam tu. So next term kena letak lain sebab kena tukar-tukar kelas.

Ada banyak lagi gambar tapi I rasa gambar ni je yang gambar I cantik. Yang lain gambar I tak cantik. So kalau kenalan-kenalan lama yang rasa nak tengok koleksi-koleksi gambar lama kat I sila buat tempahan ye muahaha.

Yang I paling nak tunjuk adalah yang kat bawah ni...






Ni surat-surat peminat I masa sekolah tau! (hehehe senyum sorang-sorang). Mana ada la.. Ni surat yang diberi oleh my buddies masa sekolah dulu la. And ada gak yang masa belajar diploma dulu tau. Secret Admire pun ada sebab masa diploma I dah lawa sikit. hikhikhik. (I tak tipu tapi perlu ke nak bagitau?) Ni just half and yang banyak-banyak lagi I dah buang kot rasanye :( sebab terlalu banyak. Kebanyakannya adalah surat. Yang I simpan kad-kad je. Hmm sayang la pulak bila fikir balik).

Ingat lagi masa sekolah, Friends and I selalu tulis-tulis surat tak berdaftar (tak pakai stem sebab by hand) kalau nak cakap something sesama sendiri. Walaupun nak tanya nak makan apa rehat nanti. Muahaha. Selalunya kalau gaduh mesti tulis surat tak puas hati. Lepas tu bila lepas rehat masuk kelas ada surat atas meja. Ingat peminat tapi rupanya surat layang. Tapi last-last baik balik.. Ni pun satu hal, dah baik pun kena tulis surat gak. Macam confession la.. Kelas duduk sebelah-sebelah je. So funny! Yela dulu mana ada handphone nak texting. Sekarang budak tiga tahun pergi nursery pun bawa handphone siap blackberry lagi! Tapi hmm sayang dah buang la rasanya. Isk I nyesal la sebab kalau next 10 years kalau I jual confirm harga melambung ala-ala surat Princess Diana yang dilelong (cehh bajet macam primadona).

Tapi bila I cek balik one by one, the winner of orang yang the most frequent hantar surat kat I adalah Fairus!! Congrats Congrats!! I kasi you hadiah kalau you balik keh. Semua kad-kad ni I simpan baik-baik sampai hari ni and kalau nak buang, I rasa I kena fikir balik la. Sayang sannngggaat. Tapi isk kenapa ntah I rasa terkilan sangat ni sebab dah disposed all the surats yang main pos-pos cara posmen karat ni. :( pretty bad..



Tengok still tertera 2 Anggerik 2. My class masa form two. Masa form one. I dok kelas 1 Anggerik 2, Form three, 3 Anggerik 2. I masa sekolah, ada category of classes, A1-A2, B1-B2, C1-C2 dan seterusnya. Kira I duduk kelas A kelas pandai la..muahaha. Kalau perasan, kat envelop ni ada tulis nama-nama. Masa zaman I dulu, nama-nama yang ni la yang dipuja sangat tu. Macam 911, Backstreet Boys, Moffats, KRU, Spice Girls, Boyzone and macam-macam la. teheeee

Why I still simpan semua ni??



Sebab kat envelop ni dah tulis "SIMPAN SAMPAI MATI".. and ini yang I tengah buat sekarang.. InsyaAllah I akan simpan sampai mati :)

Tapi envelop je la simpan sampai mati.. Yang kad-kad ni tak lama lagi dispose la kikikikihh..
(isk still terkilan dah buang surats sebab boleh tunjuk kat anak cucu cicit nanti..) Sangat kelakar bila baca balik.



KENTUT DULU!!




Dalam I dok punggah-punggah himpunan surats and kads.. I jumpa casing CD movie ni. OMG! This is my favorite Korean Movie ever. Cuba teka movie apakah ini?
WINDSTRUCK!
Sangat best cerita ni tapi sayang...Kalau tak salah I masa I diploma kot. Semester 1 rasanya. Cd dah tak ada sebab................ (full stop!)
I jumpa jugak this lovely card. Dari orang yang pertama kali hantar birthday card kat I. Bukan I yang 1st time dapat card tapi this person yang 1st time hantar card kat I!!



Merah Pink gitu.. My favotite. I rasa adala tahun 2000 or something. 10 tahun yang lepas :)
Siapa hantar??


My sista!!

So sweet. Masa ni dia first time tinggal away from home sebab sambung belajar kat UiTM Shah Alam. Kira sedih sangat masa I and family hantar dia pergi sana sebab dalam family I, tak ada lagi yang dok jauh-jauh. Nangis oo masa hantar tu.. Kakak I ni pun pujuk la I and adik I. Tapi sekarang?? Daaaaaaa hahahaha.

So sangat best kan bila kenang-kenang benda yang dah lepas? Miss the moments so much! Tapi kita ada journey yang tersendiri dan along the way, kita akan jumpa orang baru dan orang baru dan orang baru. Jadi kita akan sentiasa jumpa seorang kawan baru dan kawan dan kawan dan kawan.. Tak mungkin manusia hidup sendirian.. 

And insyaAllah nanti, I akan create a story untuk current kawan yang sekarang ni bila umur I dah masuk 35 tahun lak. hehehee.. Tungguuuuu.....






Saturday, July 3, 2010

X-MEN Wumalin


How cute!!

Last week masa my mother suspected denggi fever and had been hospitalised, si budak kecik ni pun balik dengan parents dia. Lepas tu bawak la si budak kecik ni pergi melawat mak tok dia kat hospital. Masa tu tak pe la, sebab dia lari sini lari sana sebab tak faham apa itu sakit. Biarkan la.. Tapi saya tau yang nurse kat situ dok tajam tengok si budak kecik ni lari-lari depan diorang tapi saya buat tak endah je. Hehe. Yela sebab pada saya si budak kecik ni tak ganggu patients yang ada memandangkan patients kat situ dok dalam bilik masing-masing dengan pintu bertutup dan si budak kecik ni tak la menjerit-jerit. Just lari-lari comel dia je. Ok part tu tak pe sebab saya faham nurse dengan kerja dia and budak kecik ni dengan aksi kiutnya. Mak saya pun nurse jugak okay!

Kalau sebelum ni si budak kecik ni memang fanatic dengan BEN 10 tapi sekarang dah kurang sikit. Dia dah tangkap cintan dengan satu character ni. Sebab bila buka cartoon BEN 10 dia buat tak tahu je.. Tapi tiba-tiba dia jerit, "Makcik... tengok ni ayie jadi X-MEN WUMALIN !!"
erk.. ingatkan apa kejadah wumalin tu tapi bila saya cari dalam dictionary (ok part ni xde aku tipu!) wumalin tu sebenarnya WOLVERINE.. hadoiii...













Tuesday, June 1, 2010

Alan-alan naik moto lesing


Saya sudah rindu my anak buah. Selalu balik kerja mesti dia lompat-lompat tepi pintu kereta tengok saya ada beli apa kat dia. Orang yang paling excited bila saya pulang. Sekarang sampai rumah tak ada orang nak sambut dah. Buat tak kisah lagi ada. Haha. Tapi best boleh lepak-lepak. Bak kata my mama, "Selagi tak malam selagi tu tak balik!". Ala kan muda dan bujang jadi tak apa la. ngeee~















Eh tiba-tiba terselit Nasi Bariani JM ni. Ni tempat dating muda-muda dulu ahaks. Tapi sebulan sekali kena pergi masa kat Shah Alam dulu la. Sekarang mana mau cari. Sekarang lepak mamak ajela. Aku ni kira taste mamak gak la walau tak ada kaitan langsung dalam hidup. Sorry gambar ni dah separuh jalan makan tiba-tiba eh ambil gambar buat kenangan la. Nasi Bariani Ayam Merah woow sedap! !






Monday, May 24, 2010

Kelas Bahasa Melayu


Hari ini kita akan belajar Bahasa Melayu. Oleh kerana topik berkenaan Bahasa Melayu maka segala titip tulisan di dalam penghantaran (post) ini perlu juga di dalam Bahasa Melayu baku. Tiada lagi bahasa singkatan atau bahasa rojak seperti yang selalu dipraktikan sebelum ini. Hatta tidak ingin pembaca lupa jati diri dan kemelayuan yang sudah terkenal "Tak kan Melayu hilang di dunia". Salah siapakah apabila Bahasa Melayu semakin terpinggir berbanding dengan Bahasa dunia lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan sebagainya. Saya sungguh kecewa dengan permasalahan ini. 

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh dicari,
Mana nak sama Bahasa Melayu yang terbilang.

Wah molek sungguh pantun di atas.
Sila bertepuk dua belah tangan semua.

Tetapi, Baru-baru ini saya telah dikejutkan dengan Bahasa Melayu baru yang sangat asing sekali pada pendengaran saya. Tidaklah terlalu baru saya kira. Cuma semakin menjadi ikutan. Bahasa baru yang dibawa oleh pengasas melayu modenkah? Oh, pelik benar bunyinya. Saya pun baru belajar dan masih belum mahir.

"Eiii nanak, jejek!"

"naik tutut best..."

"nak akan mee besar"

"dodok diam nanti tergolek dog!"

"polis nyinyong nyinyong.."

"ada banyak izard"

"spiderman pssttt pssttt"

"mandi sayur"

And there are some other words that I can't remember but believe me you will laugh terbahak-bahak. Oh tidak boleh berbahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan gambar pengasas bahasa di atas untuk sebarang keahlian.













Ini bersama dengan penyokong kuat bahasa budak 2 tahun nak masuk 3 tahun.


Kajang Pak Malau kajang bertempat
Kajang Hamba mengkuang lalu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang Hamba musafir lalu

Jika salah sila betulkan.







Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Ibu - Beloved Mama Shamsiah Isa

.
Celebrated Mother Day on Last Sunday. Along, Angah, Acik and Adik Love you so much ! !

Just have:

A cake
A flower
Me
Adik
Beloved Papa




From left : Along, Adik, MAMA and Acik a.k.a Nesma Shahu





Cake from KING's the healthy icing since this cake is for my mama so we need to find Good For Health Cake tarrraaaa...
I didn't have any pics that nite celebration because my mama said..
"jangan amik gambar mama la.. pakai kain batik je ni.."
My mama buat kelakar lak. You mama in matter what you are still gorjes for us ! !





A flower shows the only mama we have in this world hehehe





Swiss Black Forest and Strawberry because she me loves strawberry. ahaks





Ok end or I will probably cry dah ni... Touched touched






---nh

Tuesday, April 27, 2010

Trouble is a Friend but Friend is not a Trouble


I am listening to Lenka song Trouble is a friend. Yes I agreed! My life..Its a long way to go and lot of paths are in front of me. I don't know which one should I follow. Left Right Straight Stop. Thats what we called as dugaan. Trouble is a Friend. But try we switch the phrase Trouble is a Friend to Friend a is Trouble. So what say you? Do you agree? Some of us might say that YES! or maybe will say definately NO! or maybe will say depends... Guys, try we think, who are we? You have a friend but who are you from your friend's view? Is it friend or opposite? Jeng jeng jeng....

antonym:

run - walk
happy - sad
wet - dry
fast - slow
admit - deny
defense - attack
small - big
beautiful - ugly
best - worse
friend - enemy??

Ok enough.
Actually what I am trying to say ni...? Suka lari topik la...

Ok ok.. actually I am very proud to say that I LOVE MY FRIENDS ! haha. Friends this is not bodek baik punya since GAJI dah masuk! hahaha (we meet at Georgetown White Coffee ok, you treat me! kihkihkih). However, eventho gaji dah masuk, no boros boros anymore! Usahahahaha!

I miss my friends. Badly! Friends from school until office. Friends from study until work. Friends from I was not beautiful until now I am beautiful.. hahaha ini suka suka nak letak untuk give some compliments untuk diri sendiri.

Please spot your face thru all below pics. If your face is in, means you are my friends!! If your face does not in, means I keep you in my heart forever (cover baik punya..kikikihhh)




Classmate since Diploma UiTM Penang until Degree UiTM Shah Alam. Hidup UiTM PP!!





Again with them.
Others friends from UiTM Penang :
Chah
Hadis
Khairul a.k.a Kylie
Fakhrulrazi a.k.a. Wawa Won Paris
Eddy
Ayu
Jun
Su
Hanim
Lili
Farah
Amir
Padil
Ikhwan Colab8
Kudin
(I will update later)




My Buddy Siti Murni Miss You La Sangat Nak Pegi Lepak Padang Kota Naik Feri Buat Keje Tak Faedah Hahaha.





4 sekawan masa study kat UiTM.
Guys sekarang aku dah lupa daratan sebab maybe I will no more UiTM di hatiku but UUM la pulak hahaha.
See you UUM!! (UiTM tetap dihati)





Dengan dorang lagi ni.





Class 2003 - 2006





Ok, ini friends I met at KPTM a.k.a Officemate and Lepakmate hehehe.





Ni pun officemate jugak





Ni pun officemate jugak including 3 ladies at the back.





Ni pun officemate jugak with Datin Seri.





Ini my officemate and tudung purple merangkap I punya jiran a.k.a tempat aku bergantung harap dalam office ngeee~










Ini friends since sekolah rendah ooo..
Yang Haikal (of course la yg baju biru tu) is my friend sejak umur tak masuk lagi 5 tahun. Lama ooo..
Yang Fairus is my friend since darjah 5.




Ni geng geng melepak lepas office hours ni.




Lastly they are all my friends....





 



Can you see your face from above pics! Congratulation hahaha siot je (patutnya aku yang bangga dengan all of my friends because they are willing to be my friend huhuhu) For those pics not included please no heart feeling ok because some of you I didn't have your pics. But trust me, you all always in my heart. Miss you all wallaaa.....