Protected by Copyscape Plagiarism Check
Showing posts with label My Lovey Dovely Stuffs. Show all posts
Showing posts with label My Lovey Dovely Stuffs. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Saya tak pernah beli thumbdrive DAN bagaimana cara saya buat backup utk important documents etc..

Saya kasi tips utk sekalian alam.

Maybe you all ada cara yang tersendiri macam mana nak backup documents penting contohnya macam documents kerja, assignments and apa-apa je yang di-consider-kan sebagai pentinglah!

Cara I?

Mudah.

Eventho I tak pernah memiliki broadband (secara jujurnya memang benar ye semua...) ulang suara.. I tak pernah ada broadband di zaman sekarang macam impossible jek. Tak pe, I terus je online kot handphone ecehh... Serius. Blog pun kot handphone je.. heheheheee =___= muka tak menunjuk-nunjuk*

Ok abaikan stori handphone segala.

Setiap kali lepas je I siapkan or maybe separuh siap semua kerja (yg very kuasa tiga important je) I akan send ke email. Macam mana? email siapa lak nak kena di-send-kan. Alaaa mudahlah. I ada dua category of emails. Satu untuk tujuan rasmi, and satu lagi untuk tujuan social network. So I buka salah satu email berkenaan, attach documents tersebut dan send-lah ia ke email yang lagi satu. Confirm selamat! Kalau save dalam thumbdrive, owhhh sungguh ku tak percaya... Kadang-kadang kena viruslah. harm-lah and macam-macam rupa penyakit thumbdrive ni. Laptop/pc pun lebih kuranglah. Last-last file hilang. Adehhhh.

Tak de kemudahan internet?

Alhamdulillah so far I tak de masalah dengan internet sebab kat rumah ada internet, office ada internet, kat mana-mana pun ada internet (handphone). So bila-bila masa mau buka check, tanpa perlu risau tertinggal kat rumah documents/thumbdrive berkenaan, boleh je check. Tak perlu risau lagiii (ala-ala pantene punya iklan teheee). Itu cara I hokey. Jangan compare-compare dgn yg lain. kalau ada suggestion yang lagi holiauuuu... boleh kasi tau I ;p

Btw.. I nak pecah satu rahsia yang... I ni yang hidup dizaman millenium habis ni.... TAK PERNAH BELI THUMBDRIVE DENGAN APA CARA SEKALI PUN ;p

Serius tak tipu!
heheheheeee - malu je kan??

Sebab masa I mula-mula masuk U dulu, ayahanda I yang kasi thumbdrive untuk kegunaan masa belajar tu. Masa tu thumbdrive mahal gilerrrr....... Mana mampu as student teheeeee. Tahu tak berapa kapasitinye? 128MB! heh.. tak percaya? cayalaaa.. dulu mana ada giga biga wiga semua ni. Yang tu la yang paling canggih. Sungguh haihhhhh.....




Antik



bukti!!



Lagi satu...

Thumbdrive tu la yang I pakai SAMPAI SEKARANG! tak pernah tukar! huh! sangat sentimental howwhhh. Bayangkan sejak zaman belajar. Ada ke jumpa sekarang 128MB kat kedai. Mana ada..... Kalau you all minta, confirm kena gelak wa cakap sama lu... Ehh my officemate pun mau gelak tak hingat kalau I bagi thumbdrive ni suruh save documents dengan muka tak percaya..."ehh muat ke nak save???" hohhh. -___-" Tahan lasak ni tau!!! Tak muat tak pe, kita boleh buat 7 8 kali transfer. hehehee.

Lepas tu lepas habis belajar and dah kerja ni. Pernah wish nak thumbdrive baru (yela dah kerja boleh beli baru hehehe. Dulu tak mampu ;p) Tapi tak jugak beli.. Still pakai yang 128MB jugak. Nak jadi cerita, masa pergi Family Day kat Pork Dickson (office punya event) around last year camtu, I dapat thumbdrive free. Cabutan bertuah! Memang Bertuah habisss I kan?? kan?? Macam teruja tak tentu hala. Macam dapat hadiah cabutan bertuah tv plasma flat skrin 76 inci!!! 2 Giga ahhhh. Bangga giler sedangkan orang lain siap pakai external apa benda ntah! teheeeeee




yang color hijau dapat cabutan bertuah. Memang bertuah....

Sunday, February 6, 2011

Bilik Pink

Sempat jugak ber-update blog.

Dah berjaya dicatkan bilik gue.. btw sebelum kenduri.

Bukan I yang cat.. Brader-brader tu yang cat. Impian terlaksana tu..... Dah lama ngidam color camgini akhirnye setelah 2_ tahun (tak perlulah nak kosongkan!!) menanti baru tercapai. Nampak sangat tak logik lepas keluar perut je terus ngidam bilik pink - tadika!!. Ternyata dari dalam perut memang I dah ngidam plasenta color pink (yang belajar science sila betulkan teheeeeee). Ingat lagi entri gue yang bubuh tong-tong cat tu.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



 ni bukan bilik yang dimaksudkan. hehehe *gambar hiasan teheeeee ;p





ni baru betul. guane? guane? ada macam prasekolah tak? jadi tak macam yang kat atas tu... ni sebelum bubuh tingkap.




ni yang I cakap campur color purple-purple sikit yang dinding sebelah kanan gambar. sebab reflection cahaya dari color pink terus je nampak pink jugak. 




ni dah bubuh langsir sama tingkap. curtain ni color silver sikit tapi kena cahaya nampak lah putih.




malas explain dah ;p apsal gambar ni jadi memanjang pun tak tau lah




hahaha purple sesat!!





So far memang bilik kosong macam ni. tidur pun atas tilam semata-mata! sedih..... T_T lagi sekali emoticon sedih.

Tuesday, February 1, 2011

Dictionary Kesayangan Hilang

Entry karut kali ni bagi korang tapi I sangat sedih owhhh..

Kenapa I sebok sangat nak bising-bising sangat yang dictionary cikai beli dekat kedai POPULAR yang dah kuning macam plan cari harta karun tu? Biarlah. Banyak owh jasa dictionary tu pada I dalam hidup ni. Selupa I lah teheeeee, dictionary tu I beli masa form 5.  Cececewah masa tu tengah berazam yang I nak improve-kan my english then after grad form 5 I terus register masuk English Class untuk communication and writing. Heh. Bangga owh dapat result lepas attend English Class excellent. Muahahaa. Nop ah. The story not my previous English Class tu tapi dictionary loh!

Tahu kenapa? Dictionary tu lah teman setia anda (RTM tagline zaman dolu kala) mana-mana je I pergi (tipu!) dari masuk U sampai keluar U sampai berkerja ni. See.. My english.. Fluent kan? Fluent kan? eceh. Shut up lah!

Tapi serius doe, teheeeeeeee (tiru bebudak ni). Dictionary yang banyak ajar I the language tu. Sebab dictionary tu ada the correct way to pronounce any words. Apa ntah orang panggil benda alah tu. And dictionary tu ada jugak nak belajar grammer vocab etc.. Sayang! Sayang! Sayang!

Sayang?

Yang paling sayang sebab ada cop mohor VIP ;p

Sebab tak boleh nak cop mohor kat dahi so lepas tu dia cop mohor kat dictionary. Jadi lah kan? so I pun tambah cop mohor I kat atas dictionary tu jugak. Nak jugekkkk.. Ala..so lepas ni beli dictionary baru nak kena hadap dia mintak cop mohor lain eventho cop mohor kali ni atas paksaan. muahahaha.



Ah tak kira dalam library zaman belajar dulu I nak letak




 Ni pun zaman rajin nampak zaman sangat tak ikhlas.


Ok untuk pengetahuan, lepas je I menaip entry ni, I saved kat draft and lepas tu I buat kerje sikit. Tapi lepas I cerita story baru ni kat membe sebelah I (cuba teka huahuahua), she dengan tersipu-sipu cakap.. that dictionary actually with her.. tettttttt. Heh hehhh. So tak nak bazirkan masa yang telah di-spend-kan menelaah entry ni so I publish jugak! muahahahaaa. Siap ah kauuuuuu.. huahuahua

Thursday, January 6, 2011

Eh My First Entry

HiHiHiHi

Nampak tak I busy? Dah masuk 2011 and this is my first entry for this new year. Since kanak-kanak comel dah masuk and bergembira dapat bertemu cikgunya yang jugak comel teheeee jadi lupa terus berblogging segala. Eventho this semester the workloads seem chantekk aje tapi tetap tak chantek dengan kehadiran assignment yang berlungguk banyak. Oyayaya bukan senang nak berjaya loh!

Mission kali ni nak menambah baikkkk kan lagi mutu kualiti disukai ramai the teaching approaches hehehe baru budak cayang! Argh kompem tak cayang sebab dorang cakap I GARANG muahaha. Uihhhh mesti mesti.... Mau tidak.. pejam celik pejam celik (sambil berkelip-kelip mata sembab I ni), dah nak 2 tahun I jadi cekgu, ehh tak suka panggil lecturer lagi sebab you all boleh panggil I lecturer bila I dah complete master. Lepas tu kena panggil I Doktor lak! Eh bukan doktor hospital tapi doktor falsafah!

Cuba tengok...

Associate Professor Dr. Nor Shahurulnesma Husain

eh tak..

mungkin macam ni...


Associate Professor Datin Dr. Nor Shahurulnesma Husain

 huiiyooo. HEBAT! wakakaka

Woowww bangga!

ehhhh inspirasi!

 Rugilah U_ _ M itu kalau tak mau ambik I jadi lecturer korang. Rugi.. rugi... rugi.. teheeeee.

*sila abaikan atas sebab-sebab tak nak orang hentam perasan!

;p Kerja yang I paling suka. (impian sejak kecik kot - ehh tak..masa dah besar kehkehkeh).

Ok lah tu. Tak dapat jadi doktor spital (ok masa tadika selalu cakap nak jadi doktor tapi pernah sekali I cakap nak jadi model - sebab masa kecik, perkembangan ketinggian I agak pantas berbanding yang lain-lain dalam family, jadi, ada laaaa cita-cita ala-ala model kampung setelah disuarakan oleh kakak I, nanti jadi model lah! wakaka. adehhh. Budak-budak... Tapi disebabkan ketumbesaran I terbantut perlahan-lahan setelah meningkat dewasa dan wajah innocent ni sangat lah innocent jadi Elite Model Agency pun reject I. HAHAHAHA. Dah-dah jangan mengarut!) -tak dak liquid paper nak liquid.... ;p

Jangan mengarut lagi!

Ingat nak meng-update some of pics untuk kanak-kanak comel untuk semester ni sambil membuat "peace" untuk tatapan ramai. Tanda mereka memang "peace" masa I mengajar teheeee. Wahhhh belajaq rajin-rajin nooo.... 

Ehhh kamuuuu...... Jangan bagi I headache tahu?? Nanti kalau I headache selalunye I jiwa kacau. Kalau I jiwa kacau.. I sukaaaaa sangat nak marking paper. Bila dah kena marking paper, I kena bagi banyak assignment. Bila dah banyak assignment... HeHeHe.. Sendiri mau ingat lah anak-anak...... Awww Cumil tau kalau I dengan seselamber cakap.. "surprise......ada assignment lagi". Sambil you all tepuk dahi tanda sukeeee buat assignment tu hehehehe!

Tanda penghargaan sepanjang hampir 2 tahun bersama saya...

Jadi saya (proper sikit guna "saya" ni teheeee).. saya bubuh gambaq insan-insan cemerlang ini (serious saya honest)... Koleksi agak lama tapi ni je gambar yang ada untuk tontonan sebab selepas itu I dah malas bergambar sebab privacy. hehehe.




Ni kejadian semasa mengeratkan silaturahim antara pelajar semester 1. Dan selepas itu memang mereka rapat dan teramat rapat sehingga ada yang terus declare   (adehhhhhh). I no comment.. zip zappppp....






Ada jugak yang bukan pelajar di dalam kelas I tapi I tak kisah sebab mereka masih pelajar saya cuma saya tak ajar je. Konsep 1 Malaysia la...





 Dalam gambar ni, I tak wujud sebab dorang dah tak mampu bayar untuk photography session I. teheeeee.





 Ini dia cekgu comel tu teheeee. Ok tengah buat cabutan bertuah untuk mereka yang memang bertuah. Jadi marilah menampar muka 450 kali untuk menyedarkan diri sendiri sebelum terhantuk di dinding sebab perasan..

Moral of the value... Mari kita menonton tv tengok cerita Ayoub. (ok tak de kaitan).
Byeeeeee...............

Monday, December 20, 2010

Benda yang saya suka

Benda yang saya suka...







































alamak ni dah lama dah.. teheeee


Saturday, August 7, 2010

Old Friends

This week memang busy ya amat and I tak tau busy pasal apa. Maybe sebab kena submit assignment kot. Tapi its ok sebab yang good news nye I jumpa balik dengan my old friends yang dah lama lost contact. Sangat gembira ok. Jumpa kat facebook, now it seems so interesting using facebook. teheee.. Before this I selalu ignore friend requests (without open it and check who they are :) I bukan apa, sebab I dah tak tau nak buat apa dengan facebook dah sebab benda yang sama and kalau you all perasan memang I dah jarang up status. Actually I ada dua facebook accounts tapi facebook yang satu lagi I reserve just for games! muahaha.

Back to story, I nak story sikit pasal my old school life yang I nak share sangat la. I tau you mesti gelak golek-golek kalau tengok pics I masa sekolah sebab innocent gila. Pakai bedak cina je. masa tu bedak cina paling cun la.. Lagi satu masa sekolah I ni tak cantik (sekarang cantik ke?hikhikhik). I gelap, gemuk dan tomboy dan pendek! Malu la nak bagitau lebih-lebih.

Tak sabar I nak tunjukkkk...

Introducing you....



Ni gambar masa form 3 kot kalau tak salah or maybe Form 2. Ntah I tak ingat. Sebab I cam Choo Pek Ngoh, I punya jiran sebelah meja. I suka duduk sebelah chinese sebab boleh tiru math hahahahaa.. memang kerja I la datang pagi-pagi pinjam buku math dia and copy paste! Dia baik gila la. Bagi je I tiru. I suka skipped assembly sebab nak buat kerja terkutuk tu. muahaha. Tau ke I yang mana satu? Cuba cari yang paling comel muahaha. Ni masa Teacher's Day Celebration. Ehem ehem cake yang I punya cikgu nak potong tu, I yang beli ok ;p.. Ni cikgu Geografi merangkap cikgu kelas. Dia ni comel-comel sikit orangya tapi serius garanggg grrrr... I dah lupa nama dia :(



Ni pun gambar kelas I masa form 2 or 3. Tengok girl yang dok sebelah kiri I, kalau you all tengok gambar ni means sebelah kanan you all la. Dia ni my buddy since darjah 5. Orang cakap muka dia macam kakak I. I jealous tau orang cakap macam tu sebab kakak I ni primadona masa kat sekolah rendah and menengah, so my buddy ni tumpang glemer dia la sebab tu I tak suka. Why bukan I yang glemer muahahaa. Sorry beb!



I benci ok nak tunjuk gambar ni tau sebab I sangat la innocent (nak cakap ugly look sebenarnya). Masa ni tak de orang yang nak ngurat I. Ceh sekolah pun semua perempuan what for nak ngurat-ngurat. Les ke? kihkihkih. Tapi masa ni siapa yang dapat kakak angkat kira macam dapat boifren la muahaha. Kelaka kelaka. Tapi at last I dapat gak kakak angkat nama Kak Riza kot. I dah lupa. Kakak angkat I lagi hebat sebab silat gayong tuuu, prefect lak tu. Dia pun I tak tau dah apa jadi. Oh btw, I pun ada adik angkat (nak jugekkkk), samala lost contact gak teheeee.. Ingat lagi, kalau gayut telefon memang lama gila. I pelik la, why should we treat kakak or adik angkat macam couple. Gila apa masa tu! Oh btw, yang I nak introduce sebenarnya kawan I ni. Dia ni la yang terjumpa balik minggu ni setelah 10 tahun lost contact ni! Yang mana satu ek?

I nak share dengan you all term SYOTE. Cara sebut "SHO-TE". Maknanya SYOk TEngok! huhuhu. SYOTE ni sebab kita suka tengok orang tu lawa ke, cun ke, cantik ke, hensem ke gagah ke, apa-apa jela yang kita suka tengok. Macam usha la.. So kita ambil dia jadi SYOTE! I pun tak faham la masa sekolah dulu  Ni la problems kalau sekolah semua perempuan ni... Ni pun macam ambil kakak or adik angkat la.. Trend masa tu, kakak, adik angkat or syote kena sorang je. Macam couple, kena sorang je. Tak leh kongsi-kongsi. Kalau kongsi kira yang sorang lagi boleh mintak clash!! WTH...



Ni la kantin kami ye. Makan nasi telor kuah kicap yang cair! Hari-hari makan tu. Kadang-kadang tukar sikit makan ayam goreng kuah sambal yang tak macam sambal. Cair je kuah. Ingat lagi ada sorang orang tua, kami panggil Tok Wan, kerja kat sini yang selalu sound kitorang sebab suka combine meja. Ikut rules, tak boleh oo.. Ni masa form 4. Kitorang dulu agak nakal. Suka buli prefect. Hehehe. Sebab prefect hari-hari akan keluar rehat awal 10 minit so sebab kami malas nak beratur sesak masa time rehat so kami suruh prefect tolong beli siap-siap so kami keluar rehat just terus makan. Meja pun siap reserved! Hahahaha. Prefect yang kena buli? FYI, I dulu prefect masa form 2 so I pun antara yang jadi mangsa buli! Lepas tu I resigned kononnya nak concentrates on my PMR la. Hek eleh... Result tak gempak mana pun.




Ni kira geng I masa form 4 and 5 la. Empat sekawan. Semua dah bawak haluan masing-masing and sorang I dah lost contact. Yang sorang lagi tu just jiran I je. Satu taman but seriously I tak jumpa pun even rumah dekat. Yang sorang lagi sekarang be friend dalam facebook. Bagus gak facebook ni.



Ni bangga gila depan gerai Usahawan kitorang. Masa ni geram gila sebab gerai kitorang tak menang gerai tercantik sebabnya tak dinafikan gerai kitorang yang paling cantik ok! Serious I tak tipu. Siap ada mascot. Tapi sebab ayam goreng yang kitorang jual tak siap goreng lagi so dorang tolak markah. Apa ingat ayam goreng celup-celup je ke? Memang tak puas hati.



Ni gambar last on my last day kat sekolah menengah a.k.a Form 5. Sangat sentimental! Miss them so much. Kelas yang sangat buruk sebab dah tanggalkan semua notis-notis and everything sebab setiap kali hujung penggal kena buang. Dah rules sekolah macam tu. So next term kena letak lain sebab kena tukar-tukar kelas.

Ada banyak lagi gambar tapi I rasa gambar ni je yang gambar I cantik. Yang lain gambar I tak cantik. So kalau kenalan-kenalan lama yang rasa nak tengok koleksi-koleksi gambar lama kat I sila buat tempahan ye muahaha.

Yang I paling nak tunjuk adalah yang kat bawah ni...






Ni surat-surat peminat I masa sekolah tau! (hehehe senyum sorang-sorang). Mana ada la.. Ni surat yang diberi oleh my buddies masa sekolah dulu la. And ada gak yang masa belajar diploma dulu tau. Secret Admire pun ada sebab masa diploma I dah lawa sikit. hikhikhik. (I tak tipu tapi perlu ke nak bagitau?) Ni just half and yang banyak-banyak lagi I dah buang kot rasanye :( sebab terlalu banyak. Kebanyakannya adalah surat. Yang I simpan kad-kad je. Hmm sayang la pulak bila fikir balik).

Ingat lagi masa sekolah, Friends and I selalu tulis-tulis surat tak berdaftar (tak pakai stem sebab by hand) kalau nak cakap something sesama sendiri. Walaupun nak tanya nak makan apa rehat nanti. Muahaha. Selalunya kalau gaduh mesti tulis surat tak puas hati. Lepas tu bila lepas rehat masuk kelas ada surat atas meja. Ingat peminat tapi rupanya surat layang. Tapi last-last baik balik.. Ni pun satu hal, dah baik pun kena tulis surat gak. Macam confession la.. Kelas duduk sebelah-sebelah je. So funny! Yela dulu mana ada handphone nak texting. Sekarang budak tiga tahun pergi nursery pun bawa handphone siap blackberry lagi! Tapi hmm sayang dah buang la rasanya. Isk I nyesal la sebab kalau next 10 years kalau I jual confirm harga melambung ala-ala surat Princess Diana yang dilelong (cehh bajet macam primadona).

Tapi bila I cek balik one by one, the winner of orang yang the most frequent hantar surat kat I adalah Fairus!! Congrats Congrats!! I kasi you hadiah kalau you balik keh. Semua kad-kad ni I simpan baik-baik sampai hari ni and kalau nak buang, I rasa I kena fikir balik la. Sayang sannngggaat. Tapi isk kenapa ntah I rasa terkilan sangat ni sebab dah disposed all the surats yang main pos-pos cara posmen karat ni. :( pretty bad..



Tengok still tertera 2 Anggerik 2. My class masa form two. Masa form one. I dok kelas 1 Anggerik 2, Form three, 3 Anggerik 2. I masa sekolah, ada category of classes, A1-A2, B1-B2, C1-C2 dan seterusnya. Kira I duduk kelas A kelas pandai la..muahaha. Kalau perasan, kat envelop ni ada tulis nama-nama. Masa zaman I dulu, nama-nama yang ni la yang dipuja sangat tu. Macam 911, Backstreet Boys, Moffats, KRU, Spice Girls, Boyzone and macam-macam la. teheeee

Why I still simpan semua ni??



Sebab kat envelop ni dah tulis "SIMPAN SAMPAI MATI".. and ini yang I tengah buat sekarang.. InsyaAllah I akan simpan sampai mati :)

Tapi envelop je la simpan sampai mati.. Yang kad-kad ni tak lama lagi dispose la kikikikihh..
(isk still terkilan dah buang surats sebab boleh tunjuk kat anak cucu cicit nanti..) Sangat kelakar bila baca balik.



KENTUT DULU!!




Dalam I dok punggah-punggah himpunan surats and kads.. I jumpa casing CD movie ni. OMG! This is my favorite Korean Movie ever. Cuba teka movie apakah ini?
WINDSTRUCK!
Sangat best cerita ni tapi sayang...Kalau tak salah I masa I diploma kot. Semester 1 rasanya. Cd dah tak ada sebab................ (full stop!)
I jumpa jugak this lovely card. Dari orang yang pertama kali hantar birthday card kat I. Bukan I yang 1st time dapat card tapi this person yang 1st time hantar card kat I!!



Merah Pink gitu.. My favotite. I rasa adala tahun 2000 or something. 10 tahun yang lepas :)
Siapa hantar??


My sista!!

So sweet. Masa ni dia first time tinggal away from home sebab sambung belajar kat UiTM Shah Alam. Kira sedih sangat masa I and family hantar dia pergi sana sebab dalam family I, tak ada lagi yang dok jauh-jauh. Nangis oo masa hantar tu.. Kakak I ni pun pujuk la I and adik I. Tapi sekarang?? Daaaaaaa hahahaha.

So sangat best kan bila kenang-kenang benda yang dah lepas? Miss the moments so much! Tapi kita ada journey yang tersendiri dan along the way, kita akan jumpa orang baru dan orang baru dan orang baru. Jadi kita akan sentiasa jumpa seorang kawan baru dan kawan dan kawan dan kawan.. Tak mungkin manusia hidup sendirian.. 

And insyaAllah nanti, I akan create a story untuk current kawan yang sekarang ni bila umur I dah masuk 35 tahun lak. hehehee.. Tungguuuuu.....






Thursday, May 27, 2010

Do you smell something NEW?


Ok found you! Gotcha!

New shoe for this month and I Loving it.. Finger Lickin Good haha. I don't know what to do during my off days so I decided to jalan-jalan buang kuman.. Where? Aloq Staq Mall saja. Oh damn I hate kuman but I need you kuman. Why I hate kuman so much hah? because kuman always make me hilang akal while shopping. As usual, no need to spend so much time just 15 minutes then I got what I want. My eyes like eagle when shopping and snatch first item that catch my eyes! Easy rite? That's me! This is a hasilnya...










Ok mission accomplished! Senang hati la..






Sunday, May 9, 2010

I miss my SONY CYBERSHOT

.
A week without SONY CYBERSHOT likes Nasi Lemak without Sambal. Nasi Lemak kah tanpa sambal? Mana boleh... Baik makan nasi lauk je. Ok sudah. Aku mengarut lagi. SONY CYBERSHOT now is under my big brother's supervision. Why? He is borrowing my SONY CYBERSHOT and he promised to exchange with his Celcom Broadband but he forgot. Oh Are you sure you have forgotten? Nevermind. He has allowed me to borrowed his rubber stamp (Certified True Copy and his Official rubber stamp) so whenever I want to use it I can just stamp and sign by my own. haha. Not good Not good..

So a week without my lovely camera, I have to use my handphone's camera and my old handycam. But I can't live without my camera. haha poyo!

Miss you a lot dear.....................................................My Camera!






---nh