Protected by Copyscape Plagiarism Check

Monday, July 4, 2011

Seorang Pensyarah Yang Telah Ditinggalkan Kekasih

Puyu, Alor Setar - Seorang pensyarah telah dilaporkan ditinggalkan kekasih? Kekasih apa? Sila baca dengan jelas. Untuk pengetahuan umum wahai readers yang disayangi, satu rompakan rombakan besar-besaran telah berlaku di pejabat I yang lebih dikenali sebagai Office Puyu (so damn cute isn't it?) petang tadi. Rombakan berkenaan telah melibatkan satu perubahan drastik yang sangat mengejutkan dan I kaget hari ni. Bagaimanakah bila I kaget ~_~ . Maknanya I terkesima. Kenapa I terkesima? Sekarang dah tak boleh nak gosip-gosip atau dalam bahasa ilmiahnya untuk bertukar-tukar pendapat mengenai apa yang dilihat, dirasa, diketahui atau yang tidak diketahui. Atau mungkin tidak lagi dapat berdiskusi mengenai kewujudan makhluk asing yang baru-baru ini telah berjaya melarikan 2 buah LCD untuk memastikan UFO dapat menyuluh jalan pulang ke angkasa dengan terang. Reasonnya kenapa? Sila bulatkan mata...

Kekasih I dah pergi membawa meja, kerusi empuk, rak fail bertimbun, kotak kertas recycle dan juga yang penting sebuah printer bersamanya. Hidup I dan printer seperti gigi dan gusi. Sangat Memerlukan. Perlu dibuat pengakuan, disaat ini, printer adalah lebih bermakna dari kekasih yang dimaksudkan. kehkehkeh

Cuba teka siapakah kekasih yang dimaksudkan? (2 marks)

 Kekasih ini bukanlah boleh dibuat kahwin jauh sekali untuk I nak pergi meminang. Kasih ke kasih di office sahaja wahai readers iaitu rakan-rakan seperjuangan. Disebabkan rombakan besar-besaran berkenaan I dengan rasa pilunya telah dibiarkan terkontang kanting sendirian. Rakan-rakan telah berjaya dipindahlan ke tempat yang lebih abadi di sana.... T_T .

Tapi I warning mereka jangan nak kekwat dengan dengan I atau saja nak berjalan catwalk sambil tata-tata ke arah I masa nak datang potostat. Kwakwakwa! Disebabkan keakraban I dan rakan-rakan walaupun I selalunya senyum-senyum dalam dunia sendiri dengan mengadap laptop, I dah booking port baik dalam office baru mereka. heh jangan harap korang boleh bersenang lenang aku tak ada.muahahaha. Aku akan menghantui korang kat tingkap belakang korang tu. kehkehkeh.

2 comments: