Friday, April 23, 2010

Comelnyeeeee Budak Ni....

Ni la natijahnya kalau tiba tiba ada idea yang menjela jela nak tulis apa dalam blog ni. Tengah elok elok tengok tv movie yang tak tahu tajuk apa (layan ajela) sebab kena tinggal sorang sorang kat rumah. Menyesal la pulak tak ikut Linie and nurul pergi jalan jalan. Lepas hantar Nurul and Mastura balik konon konon malas la nak ikut sebab nak rehat. Last last balik rumah tak ada orang. Bosan! hahaha. Dah lari topik dah ni.

Actually pada petang yang agak panas walaupun aircond dah sedia terpasang, tapi masih panas lagi, nesma shahu nak letak gambar gambar comel sorang budak ni. Isk isk isk memang comel sangat la budak ni. Geram tengok macam nak cubit pipi dia ni. Nasib budak ni dah besar dah. Tapi bila dah besar masyaAllah bertambah tambah comel! Anak sapa la ni a.k.a luvly gurl sapa la ni (perasan tu!) hahaha.. wink wink

Ni dia budak comel tu. Bukan comey or comei or tomei ok. COMEL!










Comel kan budak kecik atas ni...? Ni masa umur dia 1 tahun 1 bulan. macam mana tahu? Tu kat gambar tu printed on November 1986. hehe. Masa kecik kecik budak ni memang selalu orang berebut nak dukung ni. Pendek kata sampai mama n papa dia sampai tak sempat la nak dukung anak dorang sendiri ngeee~... Tapi readers perasan tak facial expression budak ni sama je.. Please compare gambar atas and bawah. Sebabnya masa ni budak ni tak di train untuk jadi supermodel pun.











Tengok ni, masa kecik kakak dengan abang dia memang sayang habis la kat budak kecik ni. Siap tolong pegang pegang tangan lagi. Takut jatuh luka pulak adik kesayangan dorang ni.. Tapi bila dah besar ke.. (pandai pandai sendiri la...hahaha).






Ni budak ni masa umur dia lebih kurang 4 or 5 tahun. sebelum tadika ni. Masa ni dia agak nakal sikit. Lepas tu orang cakap macam tomboy sikit. (hmmm sekarang sopan santun gile la budak ni) ngeee~ Isk isk isk buat menantu ni memang molek sangat la.






Dengan all her siblings.. ni yang terlebih lentok tu budak yang masa kecik tu la.. Comel kan comel kan (pleasssseeeee) Ingat lagi masa ni makan pun sama sama. Kopok Prawn Double Decker beli satu kongsi ramai ramai. Dulu kalau dapat Kopok Double Decker kira mewah dah la.. Mahal ooo kopok tu!





Ni gambar dengan cousins dia dekat Dungun, Terengganu masa jalan jalan rumah bapak sedara dia. Sekarang dah tak boleh jalan Terengganu sebab bapak sedara dia dah pindah Segamat.






Dengan kakak dia a.k.a along





Ni dengan adik dia berlatar belakangkan our ride masa dulu dulu. Kena pakai kereta besar sebab masing masing selalu gaduh. Jadi papa dorang beli terus van ni sebab senang nak jalan jauh Kedah - Pahang (balik kampung la...)







Rajin sungguh budak ni nak pergi sekolah. Kalau hari minggu pun kalau boleh nak pergi jugak sekolah tu. Konon konon nak kejar ilmu sampai negara China. Itu cikgu dia yang cakap. Lepas tu terus belajar rajin rajin nak sebab ingat dapat pergi negara China. Tapi rupa rupanya kejar ilmu tak payah pergi negara China pun. Padan muka kena tipu denga cikgu dia. hahaha.

Kan budak yang atas ni memang comel.. Lahir lahir je ada lesung pipit dah walaupun kawan kawan masa sekolah dok ejek pipi cacat hahaha. Tapi bila besar lesung batu ehhh lesung pipit ni la orang dok nak pinjam (itu kalau boleh bukak bagi pinjam la huhu). Hehehe masa tu dok senyum tak berhenti sebab nak tayang lesung batu ehhh pipit ni. Lepas tu bila dah besar sikit, tumbuh pulak gigi siong. Isk manis sungguh bila senyum ni budak ni. Ada sejarah jugak lesung pipit and gigi siong ni. Lesung pipit keturunan sebelah papa dia and gigi siong keturunan mama dia. Ok la tu like father like daughter like mother like daughter! hahaha









No comments:

Post a Comment