Seandainya telah KAU catatkan dia miliku,
tercipta Buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titiplah kemesraan di hati antara kami...
Dan..Tuhanku Yang Maha Pengasih..
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini..
Agar kebahagian itu kekal abadi..
Tapi Tuhanku..
Seandainya KAU telah takdirkan dia bukan milik ku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah diriku dari kecewa...
Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan menghantar bayangannya ke kaki langit..
Hilang bersama senja merah..
dan gelap malam..
Agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya..
Dan Tuhanku Yang Maha Penyayang..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah yang telah patah..
Meskipun tidak sama dengan dirinya..
Kerana aku pasti itulah jauhari sejati..
DariMu Yang Maha Mengerti..
Jika benar cinta itu sejati...
Maka bebaskanlah ia...
Jika ia benar2 suci...
Ia akan datang dengan sendirinya...
Dan sekiranya ia pergi dan tak kunjung lagi..
Maka anggaplah cinta itu tidak pernah wujud..
Sejak dari awal lagi..........
No comments:
Post a Comment