Protected by Copyscape Plagiarism Check
Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

The Wedding



Alhamdulillah. Everything went well as what I dreamed. Sorry for quite sometimes not updating this blog. Well, as you see, I was too busy with the wedding preparation and believe me, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Like there's still a lot alot of things need to be done. Kalau ada darah tinggi, mesti naik mendadak la sebelum majlis berlangsung. I am sure, everyone really really hope their wedding would be perfect, same like me too!

Back to the earlier preparation for my big day. I started to gerak gempur around June, 2 3 months after engagemnent. I and fiance (that was before and now call hubby ;p) came out with detail planned. We had planned every single things. Dari gula-gula untuk bagi ke budak-budak sampai ke majlis on big day tersebut! Bukan senang rupanya kerja-kerja kahwin ni, unless we spend to money to 'Pak Abu' and biar aje dia yang buat semua.heehee. Sangat penat ok but yet tentulah seronok! So credit to everyone outhere that in a process to be bride and groom, mulakan dari sekarang ya!




Reception on my side.

Pelamin : Diva d'fabulaous Boutique
Wedding dress bride & groom : Diena el Haddad
Hantaran : Myself !!
Wedding cake : Nor Azila
Kompang : D'belimbing Team

The pelamin was awesome! Sangat teruja dengan tema, flowers, english and fairytales! At first I was worried kalau the combination will become disaster! Sebabnya lagi, space to place the pelamin agak sempit tapi alhamdulillah, they managed to built so nicely ;)



Reception on VIP side.

Pelamin : Diva d'fabulous Boutique
Bride's dress : Diena el Haddad
Groom's attire : Himself
Hantaran : made by... (I forgot her name ;p)
Cake : Sponsored by boutique
Sword Barrel : Tentera Udara Diraja Malaysia

The theme of pelamin was rich gold. Really admire with the lighting eventhough simple tapi dengan ligthing pelamin, all pictures nampak sangat mewah! However, I quite dissappointed with my hand bouquet on that day yang mana agak kecil, eventhough the color really nice ;( So saya guna balik hand bouquet masa akad nikah hari tu.

Sekarang dah rindu dengan moments-moments berkenaan. Rasa macam nak patah balik je. Nak sanding lagi sekali ;p

Betul orang cakap, kahwin hanya sekali, so mesti nak buat baekkk baekkkk punya. Me too! memang nak yang sempurna. Everything mesti PERFECT! I had listed semua benda sehingga sebesar-besar zarah. And on that day, masih ada kekurangannya. I admit. Sedih tu sedih lah sebab apa yang kita imagine before majlis lain tapi bila dapat lain. Perkara yang paling saya rasa ralatnya adalah tempat untuk family VIP. Sekali tengok everything perfect sebab each table has dorm! It was 5 stars hotel wedding reception. But..sarung kerusi untuk family VIP, the catarer lupa include-kan! So nampak cacat la sikit dekat situ.

Satu lagi is about tudung yang saya pakai masa reception sebelah VIP. OMG. Kosong! I felt menyesal tak letak some beads untuk naikkan lagi seri. Nampak sangat kosong! Tak suka tak suka....:(

Overall, finger liking good...


Thursday, October 6, 2011

My energy is going down.. - Stresssss pasal baju!

Assalamualaikum

Petang tadi pergi butik yang I tempah for the wedding tu. DDF. Sebab on tengahri tadi the owner called me nak tunjuk I bunga 3D yang katanya latest design. So nak tanya either I suka ke tak macam tu. I pun bawak lah seangkatan rakan-rakan yang lain Linie, Beautiful Zaza and El ikut serta. Mula-mula excited tapi bila sampai.. nahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

 Elok-elok naik tangga ada 1 dress diletakkan bawah lampu. The color seriusly damnly sangat cantik and really nice. Peach pink. So shuwittttttt!. Tapi tang perincian tu 
FAIL. Aduiiiii. Sarat dan ada bulu-bulu ayam lak tu ;( Yang owner butik lak masa tu tak sampai lagi butik sebab ada appointment. So I gilerrrr punya la berdebar sebab menjadi tanda tanya baju gerangan siapakah tersebut. I punya ke? I dah panik. Serius. Pucat!!

I minta la pekerja butik untuk check baju siapakah itu? Adakah yang I punya. Aduhhhhh Jemmmmm!!! Bukan tak cantik, bajunye cantik with the peach and pink color tapi perinciannye terlalu sarat. SARAT dan SARAT!!
Check la punya check, sah bukan I punya.
Fuhhhhhhhh

Mestilah lega nokkkkk

So the owner pun sampai bila dah tunggu lebih kurang 30 minit. Dia pun tunjuklah kain yang sepatutnya will be mine. 
Fuhhhhhhhh lagi sekali.

Cantik!
Soft!
I like the color...:)
Satu permulaan yang baik.. :)
Tapi seriusly,
sekarang ni I memang sangat berdebar dengan design baju I nanti.. :(
Bulan depan........


p/s VIP pun rasanya dah risau dengan I. And dah berulang kali tanya, am I really like that kain or not. The color etc.. "I like the color and that kain so much tapi sekarang lebih risau pada design baju nanti ;( "

Thanks for reading iolllsssss (beautiful Zaza punya tagline ;p)

Tuesday, October 4, 2011

DIY Pelamin. Sebab ramai yang tanya pelamin tunang I.

Assalamualaikum..

Sekali lagi bercerita tentang hal-hal kahwin. Kepada yang rasa nak meloya hampir-hampir nak buang keluar (sila translate ke English), cepat-cepat tutup komputer, laptop, samsung galaxy tab, Ipad, I phone dan apa-apa sahaja yang mungkin menjurus ke arah teknologi ni. Sebab I rasa malam ni you all you all akan rasa macam nak lempang I kan? Esok I masuk kerja jam 8, boleh lah lempang I..

Back to the topic.

Baru I rasa yang nak kahwin ni macam buat assignment tau! Kadang-kadang rajin, kadang-kadang seriously malasssssss ya amat. Rasa macam..alaaaaa tak nak kahwin lah -_-". Rasa macam esok nak kahwin, baru nak kesah ke semua-semua hal kahwin ni. Memang lah I ni. Tampar pipi. Tampar pipi. Tampar pipi. Tammmmpaaaarrrrrr pipi!!

Haaaa segar sikit lepas kena tampar.
Tapi nasib ada bride to be jugak dalam office I ni. hehehehee. Because of she will getting married soon (next week) so baru lah rasa excited sikit. Tengok bakal pengantin cik einil hilmi membuat persiapan. Eh betul lah macam buat assignment. Kalau member mula gerak buat kerja, baru I motivate sikit nak buat.. T_T

MUUUAAAHAHHAHAHAHAHAAA

Ini bukan topik yang I nak bincangkan.. -_-"



google image


Iyooolaaaa.....

I sebenarnya nak bagitau semua pasal pelamin tunang I masa I tunang dulu. Semestinya I tak ambil mana-mana pakej pertunangan dekat butik mana-mana. Sesungguhnya I ni sangattttttt lah kedekut untuk mengeluarkan bajet plus, perlu diingat jugak kenduri to be soon. Duit lebih kepada big feast la.




TARRRAAAAA..
Inilah pelamin tunang I yang DIY tu. Alhamdulillah.. Berhasil.. ;)
Pelamin ni hasil koloborasi I and my kak ipar. Honestly, masa nak buat pelamin ni, I memang give up gile! Hampir tak jadi. Eh bukan tak jadi, memang tak jadi! So I pun macam.. sangat tidak bersemangat lagi nak meneruskan lagi perjuangan ini. So macam, malasssss dah nak fikir nak buat lagu mana lagi. Tapi hasil berkat perbincangan dengan kakak ipar I ni, Lastly jadi lah camgini... hoyeeeeeeeayy!!

RAHSIANYE??

BACKDROP
Backdrop yang dekat belakang tu actually adalah almari buku yang memang duduk permenant dekat situ la. So we just tutup dengan kain as you can see. Ada tiga lapis..
Lapisan pertama we letak kain putih kosong biasa untuk tutup keseluruhan almari buku yang actually dalam tu has a lot of buku termasuk buku teks zaman sekolah dolu-dolu.
Then, 
ambil kain jarang-jarang tu (recycle dari kenduri kahwin abang I dengan kakak ipar I ni), lapik lak atas kain putih tadi tu.
Then,
ambil lak kain yang pink karer tu untuk buat langsir tarik ke tepi tu. Ikat dengan manik lebihan I buat hantaran tu. Boh bunge bagi sweet sikit.
FYI,
kesemua kain-kain tu hanyalah di tekan dengan paku payung :)
BUNGA-BUNGA
Ni pun ehsan dari wedding abang I and kakak ipar I jugak. Recycle jugak..teheeeeee..
So we letak polisterin yang I ada beli rak buku (letak dalam bilik, konon2 nak study) untuk cucuk bunga-bunga tu. Bubuh la gam or ikat ke apa ke tak bagi jatuh atas kepala masa sarung cincin dah la.
Selebihnya, gantunglah apa-apa perhiasan tapi jangan heavy sangat. Jatuh atas kepala kang!

CAHAYA
Ayah I letak lampu kalimantang kat atas almari tu and just lapik dengan kotak kasut -_-". (Maaflah gambar ni tak buka lampu sebab silau bila ambil gambar). Masa acara baru buka. Berseri la sikit.

CARPET
Ni yang best. I beli lebihan karpet yang orang bubuh kat dalam office-office tu ;)
Pergilah you all you all kedai karpet. Dorang ada jual lebihan karpet yang dorang pasang kat masjid, office and even rumah orang. Dapatlah murah.... SERIUSSS!! nice kan? Nanti orang kedai tu akan jahit tepi keliling karpet tu untuk tutup bekas potong ;)

BANTAL
Habis I kebas bantal yang dalam bilik, bantal dekat sofa untuk hiasan kat backdrop tu..
Bantal duduk pulak, I ambil bantal/tilam kecil yang tempat tidur anak kakak I. teheeee. So untuk cover peta-peta yang ada, I JUST LAPIK kain sapra je. Nice kan?

LANGSIR KAT TEPI
Langsir tu actually langsir pintu bilik. Ambil dan pasang sajalah. Untuk nampak lagi cantik!

SIAP....
Cara I cerita macam susah. Tapi sangat senang......

IDEA YANG BAGUS. Ambil almari untuk jadikan backdrop. Tak siapa yang perasan...
Anda pun boleh melakukannye.

PELAMIN NIKAH I??
InsyaAllah akan dibuat sendiri..

Thank you for reading!

Monday, October 3, 2011

Sekali lagi talking about Wedding - Wedding Planner. Harap-harap lancarlah segalanya.

Assalamualaikum

Kembali lagi dengan kisah yang masih berkisarkan topik wedding nih. Aiseh..beberapa bulan sahaja lagi mau getting married! Seriously, I memang tak tahu macam mana nak mula preparation wedding ni. Sebelum ni macam gempak je kan I punya planning but at the end it will end up dengan, still don't know what to do -_-".

WEDDING PLANNER??
So setelah berbincang demi berbincang.. Dengan VIP dan yang mana turut serta terlibat, demi membuatkan everything nampaklah progressionnya dari tak ada langsung, lastly we decided hire sahaja-lah Wedding Planner. So he will decide everything tapi atas persetujuan kitorang-lah kan. Tak boleh-lah ikut suka cita rasa him and the group sahaja.

BAJU UNTUK DIPAKAI??
So berdiscuss-lah hendaknya itu ini itu ini. Tarrraaaaaa... I put 150% trust on his team. Dari segi design baju nikah, majlis sebelah I, majlis sebelah Lelaki di-design-kan mengikut kesesuaian I dan juga VIP dan tema majlis. Suspen jugak menunggu baju siap untuk di-fitting. So kena regularly check lah the progression. Kalau tak kena, boleh bagitau cepat-cepat.

PELAMIN?? 
frankly speaking, I don't know hows our pelamin will be yet! -_-". So the wedding planner tengah mereka-reka design pelamin nanti tapi semestinya we I dah request tema itu tema ini teheeeeeee. VIP dah chopppp tema beliau. Sungguh tidak aci. tapi nasib tema VIP tak clash dengan tema I ;p

SOUVENIR??
Bab souvenir memang bukan dibawah tanggungjawab wedding planner as sendiri mau ingatlah. Tapi of course untuk sebelah lelaki I buat sendiri. Tema- Fairytales :) Lebih kurang macam ikhlas la dari I teheeee. Tapi yes memang angan-angan sejak sekolah nak buat souvenir sendiri. Tapi untuk hadirin yang lain, beli ready made je.. heheheee. Tak larat nak buat semua. Tapi nantikan bila majlis I insyaAllah akan membawa kembali kenangan zaman dolu-dolu punya kenduri kahwin. :)

HARAPAN??
Saya cuma berharap segala-galanya berjalan seperti yang dirancang dan dipermudahkan. Yang lebih menjadi keutamaan adalah majlis ini diberkati oleh Allah S.W.T..
aminnnnn...

Thank you for reading!

Saturday, September 3, 2011

Still have time to plan dream wedding.. Moga-moga..

Assalamualaikum

After raya then my time to spend extravaganza efforts to prepare for my wedding ;)) . FYI, I prefer to do own door gifts sebab I want something that really shows my sincerity ;)) Agak stress sikit la because I will start master program back this month until December or early of next year maybe. Well, I don't know whether I have that much energy and time for all the commitments but believe me, I will try my best to fit all theseeeee things. *angkat both palms and berdoa. Lepas ni jangan terkejut la kalau I macam orang gila terkejar sana-sini thinking about kahwin maaaaaa!! heheeeeeeeeeeeeee.

p/s masih belum terlambat kan untuk ucap selamat hari raya aidilfitri. Maaf Zahir Batin untuk sesiapa yang view ;))

Thank you!

Sunday, August 14, 2011

The Wedding: Mari Mengejar Sales RAYA pada orang yang kurang berduit seperti saya!!!

Assalamualaikum

Memang untuk beberapa bulan ni, I will only talk about the wedding. Sebab I rasa dengan cara berbebel di blog mampu meningkatkan kualiti pengurusan sesebuah majlis perkahwinan. I rasa sedikit membantu kerana I telah berjaya me-list-kan perkara-perkara yang harus dibeli untuk hantaran :). Satu improvement yang sangat memberangsangkan. Tak rugi I pergi ber-meeting akademik di Kolumpo selama 4 hari 3 malam (baru balik sat-sat tadi je). Input berguna sepanjang meeting berkenaan adalah, do and don't untuk membeli barangan hantaran. Hebat kan meeting akademik berkenaan? Mana kan tidak, sepanjang ber-meeting kepala I suka sangat berangan... yes sudah menjadi kebiasaan ;p Kita semua patut bersetuju.

Kenapa I perlu mengejar sales raya?

Pertama:
InsyaAllah perancangan membeli kain-kain untuk pengantin, mak pengantin, ayah pengantin, kakak pengantin, adik pengantin dan kakak ipar pengantin akan dijalankan sebelum menjelangnya syawal. Sebabnya masa ini memang kain murah-murah. Orang lain beli untuk raya, I beli untuk tujuan lain. Natijahnya, raya ni I tak ada baju baru.huhuhuuu

Kedua:
Bulan raya kan memang bulan sales. Jadi tidak perlu menunggu lagi. Beg? Kasut? Untung-untung dapat barang yang diskaun berlambak. Bolehlah jimat-jimat sikit. So far I dah dapat info dari kawan-kawan mengenai tempat harus dituju ;). Jadinya, I dah standby dengan GPS yang dipinjam. Dengan harapan tak sesat lalu tak membuang masa.

Ketiga:
Time ni kan time BONUS! yeahhhh. Tapi masuk ke? Kakitangan dan anggota badan kerajaan confirm masuk setengah bulan gaji dah. KPTM bila lagi? Tak kan nak bagi kami berputih mata je? mudah-mudahan dapatlah ye. Jangan tabur janji tapi tak dipenuhi. Dosa tau bulan-bulan puasa cakap bohong. heheheheeee ;p

Keempat:
Raya ni kan tak boleh raya sakan kan.. memandangkan fokus utama untuk perkara lain. Jadi bolehlah I ambil mood ber-shopping untuk hari raya walaupun realitinya tak beli untuk raya pun. Kira bulan ramadhan ni ada jugak excited nak tunggu raya.

Kelima:
Ber-shopping ketika bulan ramadhan lebih menjimatkan kerana tak perlu makan dan minum ;p. Jimat dah kat situ. Kalau bulan lain, comfirm nampak Big Apple mesti beli. Nampak Pizza Hut mesti singgah, nampak waffle wajib beli, nampak Kenny Rogers mesti rasa etc... Habis koman, kat situ dah habis dekat RM100. Dengan RM100, I boleh beli baju kemeja tau untuk hantaran! heheheeee. Boleh dapat dua tiga lagi! Dasar kedekut kan?? ;p

Keenam:
Cukuplah setakat ini.

Namun, I memang memerlukan runner atau sekreteriat untuk majlis berkenaan.

Sudi tak?? ;p

terima kasih!

Wednesday, August 10, 2011

The Wedding

Assalamualaikum..


Ding dong belll..............

Memang agak stress owh stress sekarang ni. Hanya beberapa bulan lagi ni. Persiapan? Z-E-R-O. Sometimes I rasa sangat bersemangat nak buat itu, nak buat ini tapi always will end up nothing. I felt so buntu. Dalam kepala everything ada. English style-lah, classic style-lah, fairytales style-lah and macam-macam lagi tapi ke manakah hala tuju majlis I? Tak ada apa-apa jugak. Tapi adalah yang dah dibeli sebab kalau nak beli one shot, boleh kering poket dan darah. Yang VIP, memang I tak nak kacaulah. VIP lagi lah, semakin busy dengan department baru dan tuntutan kerja dia pun bukan macam I yang boleh lari-lari gitu.hekhek. Tolak tepi lah. Jadi sementara VIP tengah busy, I pun geraklah dulu. Sebab, lelaki tau la kan.... yang perempuan ni je yang over sikit. teheeeeeeeeee ;p

Tapi alhamdulillah, perkara wajib yang perlu ditempah, sudah pun selamat ditempah. Tinggal sekarang nak pump in money sahaja. huh! Ini yang tak best dengar. Tapi fikir-fikir balik, kerja kahwin ni sekali je seumur hidup. Jadi, apa salahnya buat seperti yang diinginkan. Untuk kenangan yang abadi. hehehe. Tapi janji mampulah kan? Jangan biar papa asal bergaya.

Jadi dekat sini, I memanglah ingin me-war-war-kan kepada sesiapa yang sudi menjadi runner majlis I (heheehe) amatlah dialu-alukan. Tapi of course I open to my own beloved students. heheheee. Boleh ke?