Protected by Copyscape Plagiarism Check

Sunday, August 14, 2011

The Wedding: Mari Mengejar Sales RAYA pada orang yang kurang berduit seperti saya!!!

Assalamualaikum

Memang untuk beberapa bulan ni, I will only talk about the wedding. Sebab I rasa dengan cara berbebel di blog mampu meningkatkan kualiti pengurusan sesebuah majlis perkahwinan. I rasa sedikit membantu kerana I telah berjaya me-list-kan perkara-perkara yang harus dibeli untuk hantaran :). Satu improvement yang sangat memberangsangkan. Tak rugi I pergi ber-meeting akademik di Kolumpo selama 4 hari 3 malam (baru balik sat-sat tadi je). Input berguna sepanjang meeting berkenaan adalah, do and don't untuk membeli barangan hantaran. Hebat kan meeting akademik berkenaan? Mana kan tidak, sepanjang ber-meeting kepala I suka sangat berangan... yes sudah menjadi kebiasaan ;p Kita semua patut bersetuju.

Kenapa I perlu mengejar sales raya?

Pertama:
InsyaAllah perancangan membeli kain-kain untuk pengantin, mak pengantin, ayah pengantin, kakak pengantin, adik pengantin dan kakak ipar pengantin akan dijalankan sebelum menjelangnya syawal. Sebabnya masa ini memang kain murah-murah. Orang lain beli untuk raya, I beli untuk tujuan lain. Natijahnya, raya ni I tak ada baju baru.huhuhuuu

Kedua:
Bulan raya kan memang bulan sales. Jadi tidak perlu menunggu lagi. Beg? Kasut? Untung-untung dapat barang yang diskaun berlambak. Bolehlah jimat-jimat sikit. So far I dah dapat info dari kawan-kawan mengenai tempat harus dituju ;). Jadinya, I dah standby dengan GPS yang dipinjam. Dengan harapan tak sesat lalu tak membuang masa.

Ketiga:
Time ni kan time BONUS! yeahhhh. Tapi masuk ke? Kakitangan dan anggota badan kerajaan confirm masuk setengah bulan gaji dah. KPTM bila lagi? Tak kan nak bagi kami berputih mata je? mudah-mudahan dapatlah ye. Jangan tabur janji tapi tak dipenuhi. Dosa tau bulan-bulan puasa cakap bohong. heheheheeee ;p

Keempat:
Raya ni kan tak boleh raya sakan kan.. memandangkan fokus utama untuk perkara lain. Jadi bolehlah I ambil mood ber-shopping untuk hari raya walaupun realitinya tak beli untuk raya pun. Kira bulan ramadhan ni ada jugak excited nak tunggu raya.

Kelima:
Ber-shopping ketika bulan ramadhan lebih menjimatkan kerana tak perlu makan dan minum ;p. Jimat dah kat situ. Kalau bulan lain, comfirm nampak Big Apple mesti beli. Nampak Pizza Hut mesti singgah, nampak waffle wajib beli, nampak Kenny Rogers mesti rasa etc... Habis koman, kat situ dah habis dekat RM100. Dengan RM100, I boleh beli baju kemeja tau untuk hantaran! heheheeee. Boleh dapat dua tiga lagi! Dasar kedekut kan?? ;p

Keenam:
Cukuplah setakat ini.

Namun, I memang memerlukan runner atau sekreteriat untuk majlis berkenaan.

Sudi tak?? ;p

terima kasih!

No comments:

Post a Comment