Protected by Copyscape Plagiarism Check

Tuesday, October 4, 2011

DIY Pelamin. Sebab ramai yang tanya pelamin tunang I.

Assalamualaikum..

Sekali lagi bercerita tentang hal-hal kahwin. Kepada yang rasa nak meloya hampir-hampir nak buang keluar (sila translate ke English), cepat-cepat tutup komputer, laptop, samsung galaxy tab, Ipad, I phone dan apa-apa sahaja yang mungkin menjurus ke arah teknologi ni. Sebab I rasa malam ni you all you all akan rasa macam nak lempang I kan? Esok I masuk kerja jam 8, boleh lah lempang I..

Back to the topic.

Baru I rasa yang nak kahwin ni macam buat assignment tau! Kadang-kadang rajin, kadang-kadang seriously malasssssss ya amat. Rasa macam..alaaaaa tak nak kahwin lah -_-". Rasa macam esok nak kahwin, baru nak kesah ke semua-semua hal kahwin ni. Memang lah I ni. Tampar pipi. Tampar pipi. Tampar pipi. Tammmmpaaaarrrrrr pipi!!

Haaaa segar sikit lepas kena tampar.
Tapi nasib ada bride to be jugak dalam office I ni. hehehehee. Because of she will getting married soon (next week) so baru lah rasa excited sikit. Tengok bakal pengantin cik einil hilmi membuat persiapan. Eh betul lah macam buat assignment. Kalau member mula gerak buat kerja, baru I motivate sikit nak buat.. T_T

MUUUAAAHAHHAHAHAHAHAAA

Ini bukan topik yang I nak bincangkan.. -_-"



google image


Iyooolaaaa.....

I sebenarnya nak bagitau semua pasal pelamin tunang I masa I tunang dulu. Semestinya I tak ambil mana-mana pakej pertunangan dekat butik mana-mana. Sesungguhnya I ni sangattttttt lah kedekut untuk mengeluarkan bajet plus, perlu diingat jugak kenduri to be soon. Duit lebih kepada big feast la.




TARRRAAAAA..
Inilah pelamin tunang I yang DIY tu. Alhamdulillah.. Berhasil.. ;)
Pelamin ni hasil koloborasi I and my kak ipar. Honestly, masa nak buat pelamin ni, I memang give up gile! Hampir tak jadi. Eh bukan tak jadi, memang tak jadi! So I pun macam.. sangat tidak bersemangat lagi nak meneruskan lagi perjuangan ini. So macam, malasssss dah nak fikir nak buat lagu mana lagi. Tapi hasil berkat perbincangan dengan kakak ipar I ni, Lastly jadi lah camgini... hoyeeeeeeeayy!!

RAHSIANYE??

BACKDROP
Backdrop yang dekat belakang tu actually adalah almari buku yang memang duduk permenant dekat situ la. So we just tutup dengan kain as you can see. Ada tiga lapis..
Lapisan pertama we letak kain putih kosong biasa untuk tutup keseluruhan almari buku yang actually dalam tu has a lot of buku termasuk buku teks zaman sekolah dolu-dolu.
Then, 
ambil kain jarang-jarang tu (recycle dari kenduri kahwin abang I dengan kakak ipar I ni), lapik lak atas kain putih tadi tu.
Then,
ambil lak kain yang pink karer tu untuk buat langsir tarik ke tepi tu. Ikat dengan manik lebihan I buat hantaran tu. Boh bunge bagi sweet sikit.
FYI,
kesemua kain-kain tu hanyalah di tekan dengan paku payung :)
BUNGA-BUNGA
Ni pun ehsan dari wedding abang I and kakak ipar I jugak. Recycle jugak..teheeeeee..
So we letak polisterin yang I ada beli rak buku (letak dalam bilik, konon2 nak study) untuk cucuk bunga-bunga tu. Bubuh la gam or ikat ke apa ke tak bagi jatuh atas kepala masa sarung cincin dah la.
Selebihnya, gantunglah apa-apa perhiasan tapi jangan heavy sangat. Jatuh atas kepala kang!

CAHAYA
Ayah I letak lampu kalimantang kat atas almari tu and just lapik dengan kotak kasut -_-". (Maaflah gambar ni tak buka lampu sebab silau bila ambil gambar). Masa acara baru buka. Berseri la sikit.

CARPET
Ni yang best. I beli lebihan karpet yang orang bubuh kat dalam office-office tu ;)
Pergilah you all you all kedai karpet. Dorang ada jual lebihan karpet yang dorang pasang kat masjid, office and even rumah orang. Dapatlah murah.... SERIUSSS!! nice kan? Nanti orang kedai tu akan jahit tepi keliling karpet tu untuk tutup bekas potong ;)

BANTAL
Habis I kebas bantal yang dalam bilik, bantal dekat sofa untuk hiasan kat backdrop tu..
Bantal duduk pulak, I ambil bantal/tilam kecil yang tempat tidur anak kakak I. teheeee. So untuk cover peta-peta yang ada, I JUST LAPIK kain sapra je. Nice kan?

LANGSIR KAT TEPI
Langsir tu actually langsir pintu bilik. Ambil dan pasang sajalah. Untuk nampak lagi cantik!

SIAP....
Cara I cerita macam susah. Tapi sangat senang......

IDEA YANG BAGUS. Ambil almari untuk jadikan backdrop. Tak siapa yang perasan...
Anda pun boleh melakukannye.

PELAMIN NIKAH I??
InsyaAllah akan dibuat sendiri..

Thank you for reading!

8 comments:

  1. creative lah miss ni !
    sy pn tak perasan pelamin tu ber-background kan almari rak buku heehee :P

    suka lah idea miss ni. jadik!

    ReplyDelete
  2. so nanti boleh la buat sendiri ye hanea rhine..;p

    ReplyDelete
  3. insha allah miss :)

    hanea rhine is Eychah HM111

    ReplyDelete
  4. heheheee..of course la sy tau hanea rhine is echah..sy pun dok baca blog awk..hehehee

    ReplyDelete
  5. the pelamin was very2 nice.xnampak mcm diy..mohon tiru sedikit idea..;)

    ReplyDelete
  6. boleh tak i nak sewa pelamin ni..langsir, bantal, and bunga.. huhu...

    ReplyDelete
  7. Wah bestlah...cantik! Tak perlu membazir ...

    ReplyDelete