Protected by Copyscape Plagiarism Check

Saturday, July 30, 2011

Nantikan Kemunculan Buku Pertama Saya

Assalamualaikum wbt..


Telah masuk hari ketiga I menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan oleh kumpulan penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.. Mula-mula sangatlah melemahkan semangat memandangkan dalam pemikiran I, banyak lagi perkara yang I boleh buat dalam masa tiga hari berkenaan. Soal kerja, kerja dan kerja. Sebenarnya empat hari I kena berbengkel. Dan esok adalah hari terakhir (I patut bersorak ;p). Anda bolehlah bayangkan bagaimana rasa bosan dan mengantuknya perlu menahan menguap dan lebih parah bila perlu menguap melalui hidung. Mungkin ketika ini, diameter lubang hidung I sedikit membesar. Pada sesiapa yang mungkin tidak pasti mengenai kewujudan PTS sebagai salah sebuah penerbit buku yang popular masa kini di seantero ini, bolehlah melayari laman web berkenaan:

http://pts.com.my/

PTS mungkin boleh I katakan kumpulan penerbitan yang sangat berpengaruh setanding kumpulan Karang Kraf, Sasbadi, Pelangi etc. Kalau anda tiak mempercayai apa yang dikatakan oleh I, silalah meringankan diri untuk melawat kedai buku berhampiran anda. Pasti akan tertera hampir suku populasi buku-buku disitu dengan penerbitan PTS.

Mungkin anda juga tertanya, kenapa penggunaan Bahasa Melayu saya agak baik untuk entri kali ini? Semestinya setelah menghadiri bengkel tersebut selamat tiga hari (insyaAllah esok hari terakhir) I telah ditunjukkan cara menulis dengan betul dan profesional.

Dari bengkel ini, I tahu apakah hak-hak I sebagai keryawan dan yang paling best, baru I tahu betapa banyaknya I telah "plagiarized" atau mencuri hak cipta orang lain. Sangat seronok mengetahui setiap kesalahan yang telah dilakukan sebab segala-galanya seperti "ooo macam tu ka...?", "ooo tak boleh ka...". I juga telah diyakinkan bahawa, kita semua ini boleh menulis.

Tambahan pula, konsep royalti (weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee). Peserta siterangkan konsep royalti dalam setiap cetakkan buku dan konsep 'lump sum'. Melalui bidang penulisan, kita mungkin menjadi JUTAWAN. PTS mengajar bagaimana menulis buku yang 'best seller'. Buang dulu persepsi negatif bahawa tidak akan ada pembaca mahu mebeli buku kita. Buang dalam tong sampah dan jangan recycle lagi.

Kepada yang memiliki blog ataupun mana-mana ruangan yang menjadi medium penulisan, anda mampu kembangkan menjadi sebuah karya dan dijual. Kos penerbitan, ditanggung sepenuhnya oleh pihak penerbit. Modal kita hanyalah sebatang pen, kertas (tapi sekarang kan masing-masing ada komputer) dan idea.


Ada beberapa keping gambar yang mungkin boleh I letakkan, tapi percayalah pada I, mungkin anda semua tidak mahu melihat jauh sekali nak layan kan....

Tapi untuk entri kali ini agak angan-angan yang mungkin menjadi kenyataan bila PTS setuju menerbitkan karya peserta-peserta yang terlibat ;p. Jadi I rasa ini peluang untuk I meluaskan empayar (muahahaaa) ke dalam bidang penulisan, hatta, mana nak tau, suatu hari nanti I boleh duduk sebaris dengan Dato' A. Samad Said di atas pentas yang prestij. ;p.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, (ramai ker), buku bentuk apakah yang nak tulis ni?. Untuk percubaan pertama, I nak menulis sebuah buku yang berunsurkan pelancongan. Di dalam negara. Hasil 'survey' yang dilakukan dikalangan peserta bengkel, mereka memberikan maklum balas yang sangat baik. Seharusnya buku pelancongan ini, ingin I jadikan sebuat 'Travel Guide' untuk pelancong. Ditambah lagi, penerbit berkenaan menyatakan potensi buku ini untuk dibuat kepada dwi-bahsa. KAGUM blink blink..

Untuk langkah pertama, esok, I akan menghantar proposal ke pihak penerbitan untuk persetujuan. Tempoh masa yang I berikan untuk diri sendiri ada kurang 2 tahun. Lama bukan? FYI, komitmen I masih banyak, 1) kerja, 2) master, 3) famili 4) bisnes, 5) lain-lain.

Jadi, dengan satu semangat yang macam lampu suluh yang bateri hampir out, sekejap terang sekejap malam, I akan pastikan angan-angan ini menjadi kenyataan ;p. I amat berharap anda semua tidak panik bila melihat diruangan rak buku di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda terdapat buku dihadapan kulitnya tertera - NESMA SHAHU ;p. JAdi belilah buku tersebut kerana buku yang I hasilkan sangat bermanfaat.

Akhir ayat, esok hari terakhir berbengkel, semoga semangat ini tidak hilang begitu saja..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

Thank you!

No comments:

Post a Comment