Thursday, March 3, 2011

Ujian/peperiksaan satu bebanan? Menirukah cara penyelesaiannya?

Meniru di dalam peperiksaan?

Patutkah dimarahi?
Patutkah diabaikan?
atau...
Patutkah diberi ZERO marks?

Realitinya bila sesuatu peperiksaan dijalankan.

Tujuan 1:
Untuk uji semula apa yang telah belajar sebelum ni.

Tujuan 2:
Sebagai persediaan untuk peperiksaan akhir.

Tujuan 3:
Salah satu cara untuk membantu pelajar lebih peka terhadap soalan-soalan peperiksaan akhir.

Tujuan 4:
Pelajar boleh tahu tahap sebenar kemampuan mereka.

Tujuan 5:
Pensyarah/cikgu tahu dimanakah kelemahan diri sendiri dan juga pelajar untuk diperbaiki.

Ujian/peperiksaan bukanlah sesuatu yang membebankan.

Mungkin sesetengah individu memandang ujian/peperiksaan adalah sesuatu yang membebankan. Mungkin, perlu 'spend time' to study, sedangkan jiwa ingin berhibur mencari sesuatu yang tidak kekal sebenarnya. Seperti keseronakan, yang hakikatnya keseronokan itu tidak dibawa hingga masa depan. Keseronakan itu tidak menjanjikan sebarang pekerjaan jauh sekali menjanjikan kewangan di masa depan. Jika berasakan ujian/peperiksaan satu bebanan, carilah keseronakan yang 'mungkin' membawa sesuatu yang lebih cerah di masa hadapan??

Dan jika merasa ujian/peperiksaan satu bebanan, carilah seribu taktik untuk menipu di dalam ujian/peperiksaan. Meniru? sesuatu yang boleh dikatakan 'common' untuk pelajar. Hairankah pensyarah/ cikgu jika pelajar meniru? Pada saya langsung tidak... Pensyarah/cikgu tidaklah kuno untuk langsung tak tahu taktik meniru. Secara mata kasar, pensyarah/cikgu mampu membaca setiap pemikiran pelajar - untuk meniru. Nyatanya, kadang-kadang pensyarah/cikgu sengaja 'pejam mata' dan 'tutup mulut' atas perbuatan itu. (ada sebabnya).

Tapi, perkara yang paling tidak dapat dimaafkan dalam sesebuah profesion guru/pensyarah, bila hilangnya sikap 'hormat' pelajar pada golongan ini. Secara terang-terangan pelajar meniru tanpa rasa bersalah walau sebesar zarah. Pensyarah/cikgu melihat perbuatan mereka dan mereka tahu kelibat pensyarah/cikgu sedang melihat permainan mereka. Namun, kerana hilang sikap waras dan hilangnya sikap golongan berpendidikan, peranan pensyarah/cikgu langsung diketepikan. Diketepikan bagai merekalah di atas menongkat langit. Di mana hilangnya sikap seorang orang akademik? Pensyarah/cikgu tak diminta untuk dihormat, bukan itu yang golongan ini minta tapi cukup kalau pelajar rasa bertanggungjawab atas diri sendiri. Bertanggungjawab atas amanah yang diberi oleh kedua ibu bapa. Bertanggungjawab memastikan diri sendiri graduan yang tulen mutunya. Bergunakah hasil diploma/ijazah dengan cara sebegini. Pada pandangan saya, tak perlu dipuji jauh sekali untuk dijulang. Hanya sekeping kertas yang diraih hasil perjuangan palsu sepanjang semester. Janganlah terasa berbangga dengan ucapan tahniah kerana ucapan tahniah hanya pada mereka yang layak. Anda 'graduate' akhirnya. Bagaimana cara gaduate anda? Renungkanlah. Carilah nilai sebenar segenggam diploma/ijazah yang mungkin kalian telah memberikan wajah kegembiraan diriak wajah kedua ibu bapa. Mahukah anda melihat kegembiraan ibu bapa anda dengan kejayaan palsu itu.

Bukan hak pensyarah/cikgu untuk menghalalkan atau mengharamkan sesuatu ilmu itu. Bukan terletak ditangan pensyarah/cikgu. Tidak sama sekali. Bukan pensyarah/cikgu yang meletakkan hukum. Kami hanya berusaha yang terbaik. Segalanya diserahkan kepada Ilahi.

Andai kertas ujian/peperiksaan mencatat markah tertinggi, berbanggalah dengan markah itu. Berkatalah pada diri sendiri, anda berjaya atas usaha sendiri. Bukan dengan cara yang sangat rendah nilainya. Meniru. Usaha dengan cara menidakkan kredibiliti pensyarah/cikgu nyata sangat mengecewakan. Segala usaha pensyarah/cikgu mahu setiap yang tidak difahami pelajar diterang sedalamnya malah sanggup melupakan 'kehidupan' sendiri.

Hakikatnya, jalan mudah itu yang pelajar pilih.

Genggamlah segulung diploma/ijazah yang bernilai harganya.

Renungkan....

1 comment:

  1. cik Pinky Shine.lama haih xupdate.skali update tu dia.hahaha.bagos tuh saya sukunggg.

    p/s nasihat yg berguna dan dalaaammmmm maknanya. keep it up PS

    ReplyDelete