Friday, December 31, 2010

Prawn Lasagna Puff

Bosan memang bosan tinggal sorang-sorang kat rumah dengan harapan my big bro bawak balik KFC ke PIZZA ke apa ke untuk di-melantak-kan teheee. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu..(berapa banyak tunggu daaa..) tak nampak batang hidung jugak. Perut serious berbunyi dongdang syg dah ni.. Nak keluar rumah jalan-jalan cuci mata tapi dah dapat pekeliling dari parents jangan tinggal rumah nanti tak de orang jaga rumah (since rumah tak siap lagi renovate).Ye baik tuan saya menurut perintah tapi sekali my big bro lawan tokey tul la.. Dah keluar, keluar lagi.. iskkk...

Eheh

So apa yang nak disampaikan kat sini sebenarnya nak tayang menu petang I yang sangat simple. (kes sangat lapar). Dan sangat teruju menonton Iron Chef America sepanjang hari dan sampai la ni pun dok tengok Iron Chef lagi. Iskk best tul dapat masak-memasak ni mengabiskan stok kat rumah hehehe.





Maaf agak kedekut inti ni.. muahaha. cukuplah untuk makan sorang. Dapat dua lasagna roll sudah.... ngapppp! Sesuai untuk minum petang atau breakfast. I buat ni tak sampai 45 minit, lebih kurang 30 minit je. Boleh buat program 30 minutes meals macam Rachel Ray muahaha.




 ehh sape cakap kedekut inti.. tengok, sampai tersembul keluar inti dia..




Sedap di makan kalau dapat cicah dengan sos masam. *Serious* wink wink




tangan yang rakus terus nak grabbbb makan




Crunchy hokey!!



Senang je nak buat. Yang kulit luar tu, I tak uli or buat doh ke apa ke macam nak buat karipap tu. I pun tak pakai kulit popia jugak. Nak tau I pakai apa? I pakai kepingan lasagna (huiihhhh gila creative gak aku ni wakaka) yang ada lagi balance dulu-dulu tapi tak expired lagi hokey! So inti dalam, sesuka hati you all lah nak pakai apa. I pakai prawn je sebab bukak peti ais, itu je yang ada teheeee. Ayam or daging langsung tak ada muahaha (tu maknanya stok dah habis hehehe). So I potong dadu buah tomato (macam nak buat paste spagethi tu) masuk segala macam benda tak terkiranya ikut creativity. Letak potato, letak telur (tak nak bagi inti dia berair nanti nak gulung susah-inti akan keluar kot tepi masa nak goreng), letak sayur-sayur apa je yang ada dalam peti ais etc selagi rasa nak bubuh! Owh btw, lasagna rebus macam biasa la..make sure sampai lembut, kalau tak masa goreng nanti mesti keras. Hahaha baru tau!

Dah setel masak inti dan rebus lasagna (boleh buat serentak je) so letak inti dalam kepingan lasagna tu dengan ditambah dengan fresh onion, cili hidup yang dihiris dan black pepper. Lepas tu GULUNG lah. Owh memang lah tak boleh gulung macam buat popia tu sebab lasagna ni sensitive, too gent. So gulung je macam gulung karpet kat rumah yang hujung dia terbuka (sebab tu kena letak telur tak mau bagi berair and dia boleh duduk diam-diam dalam kepingan lasagna tu). Sapu kuning telur kat lapisan luar kepingan lasagna tu dan golek dengan penuh berhati-hati di dalam tepung goreng. Lepas tu goreng la dalam flat pan..... Siaappp...

Ehh last entry untuk tahun ni ek?
heheheee
Happy New Year..

No comments:

Post a Comment