Sunday, December 19, 2010

Morning morning glory ! !

Readers,

Kalau you all nampak post I macam ni, confirm you all tau yang my mood is swinging-swinging in the air hehehe.

Good morning all.

Just a little bit musnah yesterday because, the thing that I really wanted was out of stock! Baru I ingat nak clear account untuk duit baru yang nak masuk ni. Tapi disebabkan shopping complex tu tak menyokong  untuk pembaziran, jadi terus je stock tak ada (fuhhh).

Tapi tak apa, mission seterusnya most probably ke Penang pulak teheee. Kena cari sampai dapat kalau tak, I tidur mimpi hantu lah jawabnya (then suddenly semalam I mimpi hantu- serius!). Siap mimpi I bermula dengan kejadian bunuh-membunuh then mangsa bunuh tu jadi hantu! Scary owhhhhh! Eventho dalam mimpi, tapi everything nampak real je.Terus je terjaga dari tidur then boleh pulak mata ni terpandang pada kelibat yang macam swing ke kanan swing ke kiri. Terkejut badak jugak la I (badak terkejut macam mana ek? Maybe macam I terkejut malam semalam kot ngeee). Tapi rupa-rupanya towel yang tergantung baik punyeee. Adehh mau heart attack gue!

Lepas tu sebelum pergi kerja tadi, I macam biasa mengutiplah newspaper yang dicampak oleh si penghantar newspaper setiap pagi. Kadang-kadang terperosok bawak kereta, kadang-kadang bawak kabinet kasut, kadang-kadang terselit tepi pasu, kadang-kadang tak jumpa langsung muahaha. Terus je nampak front page budak 14 kena bunuh (paper metro hari ni). Scary... Apala zaman sekarang ni, main bunuh-bunuh. Ingat macam main masak-masak ke?? Dah nak balik zaman jahiliah ke apa. Takut je sekarang ni. Ingat dah ada anak nanti, pergi sekolah I nak hantar, balik sekolah pun nak ambil. Tak lepas kot rasanya nak biar balik sendiri. Duduk tak senang je. Lagi bagus kalau bagi diorang blackberry ke apa ke sorang satu teheeee (MELAMPAU!) ahhh NOKIA 3310 sudah... Zaman sekarang, budak pergi nursery pun bawak handphone. (Serius- its happen!) hehehe.

Ya Allah, jauhilah diriku dan orang-orang yang aku sayang daripada apa jua perkara yang tak diingini. Lindungi kami.

 Tetiba je..



2 comments: