Monday, August 2, 2010

Tips untuk berbaik lepas perang

Dr Chenta dah kembali muahahaa..

I mean here not peperangan between Gaza or Israel tapi peperangan antara boyfriend and girlfriend. I don't know whether the tips are good or not tapi cuba la. Ini semua based on my experience jugak teheeee... Contohnya anda bergaduh dengan pasangan anda. Selalunya kita memang selalu nak menang je kan. Betul salah jahat baik semua dah keluar. Tapi kebaikan semua dah tak nampak. Ini masa tengah berapi memang la. Macam gunung berapi kalau lava dah keluar mana boleh ambil penutup and tutup lubang valcano tu. Sebelum tutup pun dah siap hangus. Lebih kurang macam tu la bila boyfriend and girlfriend bergaduh ni hahaha..

Pada siapa-siapa yang tengah dok bergaduh baik kes besar kes kecik patut cuba ni (ikut suka hati you all la..)
I bukan along bukit beruntung, I cuma nak tolong (or instead! muahaha)

Saya ada beberapa tips yang boleh diguna pakai. Tak suruh ikut pun ok. Baca sudahhh...

1. Tenangkan diri dulu sebelum mengeluarkan apa-apa statement. Tak payah nak kalut-kalut call pasangan anda semata-mata nak dapatkan penjelasan sebab masa ni tak sesuai. Dah dia tak nak angkat tak payah nak call sampai 56789 kali! Dari nak berbaik terus jadi lagi terukkk!!

2. Anda juga patut bagi masa kat pasangan untuk cool down. Jangan kira cool down you all je. Kesian dia. Jangan la dok push-push. Nanti lain jadinya. Biar aje la.. Tapi bukan sampai buat bodo ok.. Kalau dia buat bodo padan muka!

3. You all fikir dulu dalam apa yang anda nak cakap bila nak confront. Kalau boleh buat skrip ahaks. Fikir ayat yang bukan nak mengapikan ok. Contohnya fikir balik mana silapnya. Bukan fikir siapa yang silap!!

4. Baca bismillah dulu sebelum call si dia. Mudah-mudahan ditenangkan hati untuk bercakap and dia pun tak semburrr anda. hihihikk..

5. Berbincang orait bukan bertanya itu ini. Berbincang means cari jalan penyelesaian. Lagi banyak tanya, lagi rimassss..

6. Maaf memaafi. Ni yang penting. Tak kira siapa salah siapa betul. Minta maaf je la. Bukan kena bayar pun. And bila orang tu mintak maaf, tak yah la nak jual mahal lak. Merajuk la kononnya. Jangan sampai merajuk selamanya dah la.. Nyesal tak guna. Dia nak pujuk tu kira dah besar rahmatttt.

7. Kalau la still tak jumpa jalan penyelesaian, tak payah nak paksa-paksa nak gak settle hari tu jugak. Relax la.. Esok masih ada. Ambil masa la beb nak settle.Masa ngurat boleh tunggu, tak kan nak berbaik pun tak boleh tunggu.

8. Kenali pasangan anda jenis macam mana. Kalau panasss barrrann baik tunggu dulu dia cool. Kalau yang jenis slow je.. ehek anda la kena ambil langkah pertama.

9. Ingat balik sangat-sangat indah percintaan teheee. Bukan apa, nak timbul balik feeling-feeling masa tengah hangat bercinta! Masa gaduh, for sure feeling tu hilangkan? hah tunggu apa lagi, feeling-feeling la balikkk!

10. Nak kawan lama ke? Nak kawan sekejap? Lu fikir la sendiri........

11. Hah yang ni amat penting. Kalau gaduh je mesti nak off handphone! I pantang ok orang off handphone!! Alergik! Ni bukan cara yang terbaik. Bayangkan kalau you all call tapi dia off handphone? Amacam? Rasanya handphone you all mesti boleh main puzzles sebab dah campak ke dinding.

12. Jangan mengungkit! Ni yang bahaya. Ungkit mengungkit sangat berbahaya yeee. Bila dah start ungkit, nescaya perkara ni akan berlarutan means.. perkara ungkit mengungkit ni boleh jadi isu di kendian hari. Tak caya cuba la... Contonhnya.. "ooo dulu you yang pernah cakap i burok! you dah lupa??" kan kan..

13. Ok ni part yang best and manja sikit. Baca balik message jiwang-jiwang yang dihantar oleh pasangan anda. View balik. Auuww boleh senyum balik bila baca. Cumil!!

14. Ajak la dia keluar date. Masa dating tu ambil la kesempatan berbaik dan berbahagia kembali! Tak salahkan. Ajak keluar makan burger tepi jalan pun dah bahagia kot.

15. Ok ni yang terbaik. Minta la pada-Nya, berdoa supaya ditunjukkan jalan pada diri anda. Yang mana betul dan yang mana salah. Mudah-mudahan anda tenang dan buat keputusan yang bijak.

Bye bye...

2 comments:

  1. terima kasih..link ny wat saya dan kawan saya berbaik semula...

    ReplyDelete