Saturday, August 7, 2010

Old Friends

This week memang busy ya amat and I tak tau busy pasal apa. Maybe sebab kena submit assignment kot. Tapi its ok sebab yang good news nye I jumpa balik dengan my old friends yang dah lama lost contact. Sangat gembira ok. Jumpa kat facebook, now it seems so interesting using facebook. teheee.. Before this I selalu ignore friend requests (without open it and check who they are :) I bukan apa, sebab I dah tak tau nak buat apa dengan facebook dah sebab benda yang sama and kalau you all perasan memang I dah jarang up status. Actually I ada dua facebook accounts tapi facebook yang satu lagi I reserve just for games! muahaha.

Back to story, I nak story sikit pasal my old school life yang I nak share sangat la. I tau you mesti gelak golek-golek kalau tengok pics I masa sekolah sebab innocent gila. Pakai bedak cina je. masa tu bedak cina paling cun la.. Lagi satu masa sekolah I ni tak cantik (sekarang cantik ke?hikhikhik). I gelap, gemuk dan tomboy dan pendek! Malu la nak bagitau lebih-lebih.

Tak sabar I nak tunjukkkk...

Introducing you....



Ni gambar masa form 3 kot kalau tak salah or maybe Form 2. Ntah I tak ingat. Sebab I cam Choo Pek Ngoh, I punya jiran sebelah meja. I suka duduk sebelah chinese sebab boleh tiru math hahahahaa.. memang kerja I la datang pagi-pagi pinjam buku math dia and copy paste! Dia baik gila la. Bagi je I tiru. I suka skipped assembly sebab nak buat kerja terkutuk tu. muahaha. Tau ke I yang mana satu? Cuba cari yang paling comel muahaha. Ni masa Teacher's Day Celebration. Ehem ehem cake yang I punya cikgu nak potong tu, I yang beli ok ;p.. Ni cikgu Geografi merangkap cikgu kelas. Dia ni comel-comel sikit orangya tapi serius garanggg grrrr... I dah lupa nama dia :(



Ni pun gambar kelas I masa form 2 or 3. Tengok girl yang dok sebelah kiri I, kalau you all tengok gambar ni means sebelah kanan you all la. Dia ni my buddy since darjah 5. Orang cakap muka dia macam kakak I. I jealous tau orang cakap macam tu sebab kakak I ni primadona masa kat sekolah rendah and menengah, so my buddy ni tumpang glemer dia la sebab tu I tak suka. Why bukan I yang glemer muahahaa. Sorry beb!



I benci ok nak tunjuk gambar ni tau sebab I sangat la innocent (nak cakap ugly look sebenarnya). Masa ni tak de orang yang nak ngurat I. Ceh sekolah pun semua perempuan what for nak ngurat-ngurat. Les ke? kihkihkih. Tapi masa ni siapa yang dapat kakak angkat kira macam dapat boifren la muahaha. Kelaka kelaka. Tapi at last I dapat gak kakak angkat nama Kak Riza kot. I dah lupa. Kakak angkat I lagi hebat sebab silat gayong tuuu, prefect lak tu. Dia pun I tak tau dah apa jadi. Oh btw, I pun ada adik angkat (nak jugekkkk), samala lost contact gak teheeee.. Ingat lagi, kalau gayut telefon memang lama gila. I pelik la, why should we treat kakak or adik angkat macam couple. Gila apa masa tu! Oh btw, yang I nak introduce sebenarnya kawan I ni. Dia ni la yang terjumpa balik minggu ni setelah 10 tahun lost contact ni! Yang mana satu ek?

I nak share dengan you all term SYOTE. Cara sebut "SHO-TE". Maknanya SYOk TEngok! huhuhu. SYOTE ni sebab kita suka tengok orang tu lawa ke, cun ke, cantik ke, hensem ke gagah ke, apa-apa jela yang kita suka tengok. Macam usha la.. So kita ambil dia jadi SYOTE! I pun tak faham la masa sekolah dulu  Ni la problems kalau sekolah semua perempuan ni... Ni pun macam ambil kakak or adik angkat la.. Trend masa tu, kakak, adik angkat or syote kena sorang je. Macam couple, kena sorang je. Tak leh kongsi-kongsi. Kalau kongsi kira yang sorang lagi boleh mintak clash!! WTH...



Ni la kantin kami ye. Makan nasi telor kuah kicap yang cair! Hari-hari makan tu. Kadang-kadang tukar sikit makan ayam goreng kuah sambal yang tak macam sambal. Cair je kuah. Ingat lagi ada sorang orang tua, kami panggil Tok Wan, kerja kat sini yang selalu sound kitorang sebab suka combine meja. Ikut rules, tak boleh oo.. Ni masa form 4. Kitorang dulu agak nakal. Suka buli prefect. Hehehe. Sebab prefect hari-hari akan keluar rehat awal 10 minit so sebab kami malas nak beratur sesak masa time rehat so kami suruh prefect tolong beli siap-siap so kami keluar rehat just terus makan. Meja pun siap reserved! Hahahaha. Prefect yang kena buli? FYI, I dulu prefect masa form 2 so I pun antara yang jadi mangsa buli! Lepas tu I resigned kononnya nak concentrates on my PMR la. Hek eleh... Result tak gempak mana pun.




Ni kira geng I masa form 4 and 5 la. Empat sekawan. Semua dah bawak haluan masing-masing and sorang I dah lost contact. Yang sorang lagi tu just jiran I je. Satu taman but seriously I tak jumpa pun even rumah dekat. Yang sorang lagi sekarang be friend dalam facebook. Bagus gak facebook ni.



Ni bangga gila depan gerai Usahawan kitorang. Masa ni geram gila sebab gerai kitorang tak menang gerai tercantik sebabnya tak dinafikan gerai kitorang yang paling cantik ok! Serious I tak tipu. Siap ada mascot. Tapi sebab ayam goreng yang kitorang jual tak siap goreng lagi so dorang tolak markah. Apa ingat ayam goreng celup-celup je ke? Memang tak puas hati.



Ni gambar last on my last day kat sekolah menengah a.k.a Form 5. Sangat sentimental! Miss them so much. Kelas yang sangat buruk sebab dah tanggalkan semua notis-notis and everything sebab setiap kali hujung penggal kena buang. Dah rules sekolah macam tu. So next term kena letak lain sebab kena tukar-tukar kelas.

Ada banyak lagi gambar tapi I rasa gambar ni je yang gambar I cantik. Yang lain gambar I tak cantik. So kalau kenalan-kenalan lama yang rasa nak tengok koleksi-koleksi gambar lama kat I sila buat tempahan ye muahaha.

Yang I paling nak tunjuk adalah yang kat bawah ni...






Ni surat-surat peminat I masa sekolah tau! (hehehe senyum sorang-sorang). Mana ada la.. Ni surat yang diberi oleh my buddies masa sekolah dulu la. And ada gak yang masa belajar diploma dulu tau. Secret Admire pun ada sebab masa diploma I dah lawa sikit. hikhikhik. (I tak tipu tapi perlu ke nak bagitau?) Ni just half and yang banyak-banyak lagi I dah buang kot rasanye :( sebab terlalu banyak. Kebanyakannya adalah surat. Yang I simpan kad-kad je. Hmm sayang la pulak bila fikir balik).

Ingat lagi masa sekolah, Friends and I selalu tulis-tulis surat tak berdaftar (tak pakai stem sebab by hand) kalau nak cakap something sesama sendiri. Walaupun nak tanya nak makan apa rehat nanti. Muahaha. Selalunya kalau gaduh mesti tulis surat tak puas hati. Lepas tu bila lepas rehat masuk kelas ada surat atas meja. Ingat peminat tapi rupanya surat layang. Tapi last-last baik balik.. Ni pun satu hal, dah baik pun kena tulis surat gak. Macam confession la.. Kelas duduk sebelah-sebelah je. So funny! Yela dulu mana ada handphone nak texting. Sekarang budak tiga tahun pergi nursery pun bawa handphone siap blackberry lagi! Tapi hmm sayang dah buang la rasanya. Isk I nyesal la sebab kalau next 10 years kalau I jual confirm harga melambung ala-ala surat Princess Diana yang dilelong (cehh bajet macam primadona).

Tapi bila I cek balik one by one, the winner of orang yang the most frequent hantar surat kat I adalah Fairus!! Congrats Congrats!! I kasi you hadiah kalau you balik keh. Semua kad-kad ni I simpan baik-baik sampai hari ni and kalau nak buang, I rasa I kena fikir balik la. Sayang sannngggaat. Tapi isk kenapa ntah I rasa terkilan sangat ni sebab dah disposed all the surats yang main pos-pos cara posmen karat ni. :( pretty bad..



Tengok still tertera 2 Anggerik 2. My class masa form two. Masa form one. I dok kelas 1 Anggerik 2, Form three, 3 Anggerik 2. I masa sekolah, ada category of classes, A1-A2, B1-B2, C1-C2 dan seterusnya. Kira I duduk kelas A kelas pandai la..muahaha. Kalau perasan, kat envelop ni ada tulis nama-nama. Masa zaman I dulu, nama-nama yang ni la yang dipuja sangat tu. Macam 911, Backstreet Boys, Moffats, KRU, Spice Girls, Boyzone and macam-macam la. teheeee

Why I still simpan semua ni??



Sebab kat envelop ni dah tulis "SIMPAN SAMPAI MATI".. and ini yang I tengah buat sekarang.. InsyaAllah I akan simpan sampai mati :)

Tapi envelop je la simpan sampai mati.. Yang kad-kad ni tak lama lagi dispose la kikikikihh..
(isk still terkilan dah buang surats sebab boleh tunjuk kat anak cucu cicit nanti..) Sangat kelakar bila baca balik.



KENTUT DULU!!




Dalam I dok punggah-punggah himpunan surats and kads.. I jumpa casing CD movie ni. OMG! This is my favorite Korean Movie ever. Cuba teka movie apakah ini?
WINDSTRUCK!
Sangat best cerita ni tapi sayang...Kalau tak salah I masa I diploma kot. Semester 1 rasanya. Cd dah tak ada sebab................ (full stop!)
I jumpa jugak this lovely card. Dari orang yang pertama kali hantar birthday card kat I. Bukan I yang 1st time dapat card tapi this person yang 1st time hantar card kat I!!



Merah Pink gitu.. My favotite. I rasa adala tahun 2000 or something. 10 tahun yang lepas :)
Siapa hantar??


My sista!!

So sweet. Masa ni dia first time tinggal away from home sebab sambung belajar kat UiTM Shah Alam. Kira sedih sangat masa I and family hantar dia pergi sana sebab dalam family I, tak ada lagi yang dok jauh-jauh. Nangis oo masa hantar tu.. Kakak I ni pun pujuk la I and adik I. Tapi sekarang?? Daaaaaaa hahahaha.

So sangat best kan bila kenang-kenang benda yang dah lepas? Miss the moments so much! Tapi kita ada journey yang tersendiri dan along the way, kita akan jumpa orang baru dan orang baru dan orang baru. Jadi kita akan sentiasa jumpa seorang kawan baru dan kawan dan kawan dan kawan.. Tak mungkin manusia hidup sendirian.. 

And insyaAllah nanti, I akan create a story untuk current kawan yang sekarang ni bila umur I dah masuk 35 tahun lak. hehehee.. Tungguuuuu.....






2 comments:

  1. wow...aku knl mana yg aku bgi kat ang..hihihihi~

    ReplyDelete
  2. hihihikk..siap hg aku expose surat2 yg hg penah hntr kat aku...sekutu anis hahahaa

    ReplyDelete