Wednesday, April 28, 2010

Ok Fine ! ! Kita Putus Kalau itu yang You Nak ! !


Memang sakit hati la.. Suka hati dia je. Pentingkan diri sendiri. Dia datang bila dia suka. Dia pergi langsung tak ucap goodbye. Apa makna semua ni. Setiap hari aku setia dengan dia. Tak pernah terlintas nak tinggalkan dia. Alih alih dia hilang masa aku bersama dia?? Apa makna semua ni? Apa ingat aku ni tunggul??

Kecewa? Memang aku sangat kecewa. Hidup aku tak sempurna tanpa kamu, tahu tak? aku sangat sedih. Aku dah penuhi segala tanggungjawabku. Apa lagi yang tak cukup?? Berkali-kali aku telefon kamu tapi masih jawapan yang sama. Sedih sedih. Betapa pengorbanan aku tak dihargai.. Setiap kali aku telefon. Hanya ini jawapan kamu...

"Maaf kami sedang menaik taraf talian streamyx di tempat anda... Segala kesulitan amat dikesali..."

ooohhh mudahnya kamu cakap macam tu. Bukan sekali dua tapi berkali-kali. Kamu pergi masa aku perlukan kamu.. Masa aku tengah dok online facebook!

Oooohhh streamyx lebih baik kita putus saja kalau begini... Bulan-bulan bayar tapi tak boleh nak guna, nak buat apa...

Teheeeee LuKenaBeb!!!



No comments:

Post a Comment