Minggu ni macam kehabisan idea nak tulis apa jadi cuba mencari apa apa saje idea yang boleh ditulis tulis. Tengah online muka buka tiba tiba teringat kejadian tempoh hari di celcom center tesco. Tapi tiba tiba macam ada bisikan bisikan sebelah telinga ni cakap, "cik nesma shahu tukar la sekali.." gulp... Tak terlintas sebelum ni nak tukar hp sentimental value ni sebab dah pakai sejak zaman diploma lagi! Itupun hasil pemberian orang tua ku. Kalau tak, dok pakai handphone yang hanya boleh call in call out and sms sahaja! Ringtone pun standard je tut tut tut tut tut.. haha. Jenis apa ntah dah lupa. Kita ni bukan jenis gadget follower. Pasal teknologi ni out sikit. haha
Dalam tahun lepas adala mengidam nak pakai handphone lain. Tapi nak jenis SAMSUNG jugak sebab handphone sekarang ni pun memang cap SAMSUNG and rasanya SAMSUNG lagi tahan lasak kot. Memandangkan banyak gak aksi aksi lasak SAMSUNG aku ni buat and masih bertahan sampai sekarang. Yang paling extreme pernah tergolek jatuh tangga rumah sewa dari tingkat dua ke tingkat satu (masa tu sewa kat flat bandar perda betul betul depan politeknik Seberang Perai, masa tu belajar di UiTM Penang) and masa nak turun amik tersepak pulak and tergolek lagi sampai ke bawah sampai ke ground floor (tingkat bawah sekali). Handphone mana yang jatuh dari tingkat dua tak berkecai? SAMSUNG ni je la yang masih steady. Siap tak switch off lagi. haha.
Okay okay..
Erm nak tukar handphone apa ni? Nak tukar Berry Hitam tak mampu. Tapi disebabkan kita ni bertindak sebagai gabenor bank so tak boleh boros boros.. Yang murah sudah..
So cari punya cari dapat la satu SAMSUNG JET smarter than smartphone! Harga boleh dapat bawah RM1,400.. Ok la tu... memang la bukan latest punya handphone tapi biarla.. Janji berbaloi and murah. haha. Yang penting boleh call in call out sms mms taking taking pictures (tapi dah ada camera) dah la...
Ni dia SAMSUNG JET
Tak dapat OMNIA, ini pun jadi la.. Tapi masalahnya kena tunggu dalam 5 bulan lagi kot.. haha. Sebab banyak sangat plan tahun ni.. Apakah plan plan tersebut? Biarlah rahsia.. hehehe. Tapi macam tak sesuai pulak pakai handphone sebab touch screen. Masalahnya tapak tangan ni jenis yang lembab memanjang a.k.a lembut sangat sangat hehehe. So susah kalau main touch touch ni. Contohnya kalau urusan bank memang susah bila kena thumprint. Mesin tak boleh detect langsung cap jari sebab terlalu lembab. Bak orang bank tu pernah kata, tak ada cap jari ke? damn... Urusan kat kaunter bank sepatutnya 10 minutes tapi boleh drag sampai 45 minutes. Hai kalau macam tu buat kerja merompak part time pun tak ape! haha statement berani mati. So kaedah penyelesaiaannya kena bawak bedak mini. So sebelum thumprint letak bedak bagi tangan natural balik. huhu. Unik kan Nesma Shahu? (perasan wink wink).
Lari topik sudah... hehehe
What say you...?
No comments:
Post a Comment