Protected by Copyscape Plagiarism Check

Saturday, March 6, 2010

Tips Mengobat Hati yang Cedera+Koma


Hati anda cedera? Cedera kerana terhiris or terluka or apa apa je la? Or Mungkin Hati anda dah koma iaitu memang dah tak berfungsi lagi sehinggakan sampai dah tiada hati lagi? Anda rasa ibarat tiada lagi hari esok? Jangan risau, hari ini, doktor cinta a.k.a Nesma Shahu sudi berkongsi tips tips bijak untuk mengobat hati yang cedera itu..

Tips tips nya adalah...

1. Ingatlah, bukan dia sorang je yang boleh membahagiakan anda. Di luar sana, ada ramai lagi yang menunggu untuk membahagiakan anda. Dalam ramai ramai tu, mungkin ada yang lebih layak untuk anda. Fikir macam ni lah.. Dia tak layak langsung untuk anda!!
Ingat : Dalam mencari itu mesti hati hati ok..

2. Jangan pendam perasaan tu. Cari orang yang paling rapat dan kongsi masalah anda. Memang tak akan menyelesaikan masalah tapi tahukah anda, cara ini dapat melegakan hati anda.
Ingat : Hati kita ni macam volcano, lama lama boleh meletup tahu??

3. Asingkan diri anda dari cerita cinta orang lain. Contohnya bila rakan rakan anda bercerita mengenai pertunangan dan perkahwinan, jangan campur. Lari je dari situ. Itu akan menambah lagi kehancuran hati anda.
Ingat : Ini akan menyebabkan fikiran anda selalu terfikirkan kebahagiaan anda yang tak kesampaian. Ala ala pelamin anganku musnah la..

4. Ambil masa untuk kembali normal. Jangan hipokrit yang segalanya ok sebab kemungkinan jiwa anda akan kacau. Menurut kajian, anda boleh menjadi sasau. Menangislah sepuas hati anda. Cari tempat yang paling selesa. Ini dapat membantu.
Ingat : Jangan biar diri anda menangis lebih dari 12 jam kerana effectnya sangat teruk........

5. Tendang, sepak, pukul, tampar or hantuk pada benda yang keras keras. Ini dapat meredakan kemarahan anda. Lagi bagus, kalau anda ternampak kereta dia, tendang keretanya sepuas puas sampai kemik sekurang kurangnya.
Ingat : Pastikan tiada sesiapa yang nampak kalau tak nahas...

6. Masa ni cantikkan diri anda yang memang sedia cantik. Jangan anda jadi lagi selekeh atau lagi tak terurus. Beli baju baru, beli kasut baru, beli beg tangan baru.. Beli semua yang baru (ini aku suka buat la..). Memang puas hati la macam ni..
Ingat : Kalau anda selekeh macam mana orang yang ramai kat (perenggan 1) nak suka kat anda??

7. Patah hati? Tak apa.. Sebenarnya ini amat membantu bila anda menyayangi orang lain yang akan datang dalam hidup anda. Perasaan itu akan lagi kuat.. Kerana anda tak mahu kehilangan orang yang disayangi lagi..
Ingat : Sayang bukan percaya ye.. Sayang camna pun tapi jangan percaya 100%.. sakit nanti..

8. Setiap bangun pagi.. cakap macam ni "Aku tak patah hati pun.. Eh tak ada apa apa pun yang berlaku.." Dah lepas.." atau "Eh aku hidup lagi? Aku ingat dah mati sebab patah hati punya pasal.."
Ingat : Tomorrow is always a new day..

9. Sibukkan diri anda dengan pelbagai perkara. Sibuk! Sibuk! Sibuk! Buat buat sibuk pun tak apa. Ini dapat menghindarkan fikiran anda asyik terbayang si dia je. Lepas ni tak ada masa nak fikir dah. Lagi best buat sampai stress.
Ingat : Jangan sampai tak ada masa untuk makan tidur rehat sosial semua..

10. Pakai baju yang ceria. Pakai color hijau, pink, oren, light blue, bunga bunga ke.. Pakai baju yang anda rasa anda nampak cantik la bila pakai. Biar perasan, tak apa. Jangan pakai hitam or dark brown. Anda lagi nampak sedih. Bosan! Mesti ceriakan hidup anda..
Ingat : Jangan pakai baju hijau tapi seluar oren sudah... Adik mannnisssss.... hehehe

11. Fikirlah, sekurang kurangnya anda pernah merasai indahnya saat percintaan. Sakitnya musnahnya percintaan. Cuba fikir orang yang langsung tak berpeluang merasai semua itu.. Lagi sakit hati mereka. Anda kira beruntung melaluinya dalam hidup anda..
Ingat : Tapi agak agak lah.. jangan nanti kira nak merasai indah percintaan je. Sampai bila pun tak kahwin..

12. Jadikan pengalaman patah hati ni satu pedoman dan panduan. Jadi pada masa akan datang, anda tahu dimana silapnya dan anda jangan ulangi lagi. Ini semua liku liku kehidupan. Ada masam pahit manis dan tawar.. Belajar dari kesilapan..
Ingat : Jangan paksa pasangan anda yang baru itu untuk menjadi orang lain semata mata takut pengalaman ngeri anda itu berulang..

13. Banyak banyakkan berdoa minta petunjuk dari-Nya. Hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Jangan salahkan sesiapa kerana segala yang terjadi ada hikmahnya. Anggaplah satu dugaan untuk mencari erti cinta sejati anda yang sebenar..
Ingat : Jangan buat benda bodoh dan bukan bukan... Yang rugi anda sendiri..

14. Tak perlulah anda nak melayan perasaan dengan mendengar lagu lagu atau filem filem yang tragis. Contohnya Separuh Jiwaku Pergi - Anang, Matahariku - Agnes Monica, Saat-saat Terindah - RAMA Band atau Filem Cinta, Filem ayat-ayat cinta, Drama Cinta Balqis dan lain lain.. Anda lagi parah kalau buat macam tu..
Ingat : Lagu lagu tu taksesuai sebab sebaiknya anda dengar siri siri ceramah ke apa ke..

15. Percayalah pada takdir. Jika saat berpisah rasanya sangat sakit, percayalah ia telah tertulis. Dan jika saat yang membahagiakan tu sangat indah, itu juga sudah digariskan. Jangan terlalu sedih. Hadapi ketentuan ini dengan hati yang terbuka dan redha..
Ingat : Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita, dan DIA sentiasa mendengar doa kita. InsyaAllah...


So inilah sikit sebanyak tips tips yang boleh dikongsi bersama anda. Ambillah yang mana yang terbaik untuk anda. Ini semua cuma luaran saja.. Ingat saya bukan Along, saya cuma Menolong...





4 comments:

  1. helps me a lot. thanks..

    ReplyDelete
  2. welcome..just to share smthng. thanks for viewing..

    ReplyDelete
  3. miss pinky....kata2 itu suma amat brguna buat aku....tq2..

    ReplyDelete