Al-kisah...
Tersebutlah sebuah kisah di sebuah negeri yang pemandangannya sayup-sayup dek tumbuhan hijau mekar. Di tengah-tengah bentangan tumbuhan hijau itu, terselit dua buah bangunan. Seorang insan bangga berada di situ. Beliau bangga menjadi sebahagian warganya. Ya, beliau disitu kerana beliau memang inginkannya.
Tapi dalam rasa bangga itu, terpalit satu perasaan kecewa. Kecewa. Pada azalinya beliau amat menyanjungi seorang ketua yang boleh beliau katakan sangat terbuka. Seorang ketua yang boleh beliau katakan sangat berhemah. Ketua itu adalah ketua kepada kita semua. Ketua itu adalah ketua kepada semua ketua disitu. Beliau amat menghormatinya.
Tapi tiba-tiba perasaan hormat beliau direntap! Dicabut! Hilang segala rasa hormat, hilang segala rasa idola yang dulu beliau ingin contohi. Ketua itu kini BUKAN SEORAN KETUA YANG BELIAU KAGUMI LAGI. Kini beliau tahu siapa ketua itu yang sebenarnya.
Insiden yang amat menjatuhkan kredibiliti 'rakan sekerjanya'. Bertambah teraniaya apabila maruah 'rakan sekerjanya' turut tercalar. Tercalar oleh ungkapan yang keluar dari mulutnya itu. Ketua itu melihat, tapi dia tidak mahu mendengar. Ketua itu tidak tahu, tapi tidak mahu bertanya. Ketua itu pandai, tapi dia sombong. Ketua itu bagus, tapi dia riak. Maaf, insan itu amat kecewa.
Salahkah jika seorang ketua bertanya dahulu sebelum menjatuhkan hukuman ke atas orang itu? Salahkah seorang ketua mendapatkan penjelasan dari orang yang tahu? Salahkah seorang ketua mendengar kata-kata yang benar? Egonya seorang ketua yang sangat 'bijak' menguruskan sumber manusia. KETUA, kita tiada beza. Anda bermaruah, 'rakan sekerja anda' juga bermaruah. Ingatlah, doa orang yang teraniaya mudah-mudahan terbela.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata maruah yang dipijak. Maaf, anda seorang ketua yang hanya ada pada nama tapi batinnya anda tidur di sebalik nama itu. Maaf, anda seorang ketua yang punya halwa telinga, tapi anda tuli untuk mendengar. Anda mengecewakan rakan-rakan sekerja anda.
Mungkin anda sematkan dihati "Aku diatas, maka aku pijak yang dibawah, Kamu dibawah, kamu hanya mendongak". Ingat ketua, Kami dibawah ada masa mampu rebah, rebah kami menghempaskan anda yang di atas. Ketua, sakit bukan apabila jatuh? Biarlah jatuh anda disambut, jangan jatuh anda diketawa.
aku hanya cacai tuwa angkut najis disitu..
ReplyDeletebukan pendidik yang membakar diri..
bukan pekerja yang dihormati..
dari,
saya yang selalu dibuli.
ni aku tgh belajar mencipta peribahasa2 yang baru...(especialy yg color biru tu..)
ReplyDeletehidup ibarat roda yang sering berputar..
ReplyDeletewalau kini kita dibawah,
dengan rahmat yang Maha Esa,
InsyaAllah kita mampu untuk menjadi ketua.
dan dengan kuasa dari Dia juga,
ketua yang seharusnya mengemudi kapal dengan adil tapi gagal, akan tunduk menyembah bumi.
ada dibawah x semestinya lemah
diatas tak semestinya hebat.