Protected by Copyscape Plagiarism Check

Sunday, February 28, 2010

Jenis-jenis Cinta yang Mesti Anda Ketahui..


Hari ni saya (ganti nama pada aku) jiwang sikit.. Atas permintaan rakan rakanku, saya dengan sukacita paksarela nak tulis pasal cinta. Saya faham yang mereka amat menghayati movie syurga cinta yang di layan atas bas semasa on the way balik dari Melaka semalam.

Pernahkah anda terfikir cinta anda terhadap pasangan anda kategori apa? Semua manusia tahu cinta itu apa. Tapi fahamkah anda erti cinta yang sebenar. Saya pun tak tahu erti cinta yang sebenar. Lagi parah bila tak tahu bezakan antara cinta dan sayang. Kata orang, cinta & sayang lain maksudnya. Kata orang lagi, sayang boleh banyak tapi cinta kena satu (Cinta pada yang Esa semestinya la).Kalau kita sayangkan seseorang, kita tak rindu tapi kalau cintakan seseorang kita akan rindu. Sejauh manakah kebenaran tersebut. Entahlah..

Dekat sini ada TIGA KATEGORI CINTA yang perlu anda ketahu.

Yang pertama

Cinta dari Syaitan:
Dua orang insan belum kahwin yang saling cinta antara satu sama lain. Dan mereka berpegangan tangan lalu berbuat maksiat. Dan pengakhirannya si perempuan itu mengandung.

Yang kedua

Cinta dari Jin:
Seseorang yang mencintai tapi tidak berbalas maka dibomohkan dan disihirkan individu terbabit agar membalas cintanya. Individu tersebut jatuh cinta dek sihir itu. Dan pengakhirannya mereka berkahwin.

Yang ketiga

Cinta dari Allah:
Dua orang insan yang bertentang mata lalu bertaut hatinya. Bila cinta itu datang, maka tidak dapat ditolaknya. Dan pengakhirannya satu pinangan bersama restu keluarga mereka berkahwin.


Jadi yang mana satu cinta anda?


Saya tinggalkan anda semua dengan beberapa ungkapan cinta yang boleh kita fikir fikirkan..

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.




3 comments:

  1. cinta perlu kesabaran
    cinta perlu pengorbanan
    cinta tak perlu hanya dibibir
    cinta harus lahir dari hati
    yang mahu diri dicintai dan mencintai.

    p/s: ciknesma saya kopipes para terakhir yea.

    ReplyDelete
  2. tp cmne cinta yg trlalu byk rintangan?
    terlalu byk hingga terasa putus asa..?

    ReplyDelete
  3. ermm....
    rintangan perlu dilalui...
    andai dia bukan milik kita...lepaskan dia...walau hati terluka...tapi andai dia milik kita..walau berkali kita berpisah dengan dia pasti dia akan kembali...

    anggap dia bagai layanglayang...lepas dia terbang tinggi diawan....bila kita yakin dia hak kita tarik balik tali tu...simpan baek2..andai ada masa kita rasa dia bukan milik kita..lepaskan selamanya...

    andai dia sakiti hati kita...dan kita tak mampu lagi bertahan, berundur...anggap dia tak layak untuk miliki hati dan cinta kita...

    jangan sesekali salahkan diri sendiri.

    ReplyDelete