Wednesday, November 11, 2009

Sad Poem - The Ring I

"I remember the day I wore that beautiful ring and the day that I give up.. on the door that supposedly will never open..is the day 'someone' returns the ring to me.."

Seperti biasa seorang gadis terkejut dari di buai mimpinya dan terus mencapai tuala Liverpool untuk mandi. Kira-kira 15 minit kemudian kelibatnya menjengah di hadapan cermin. "Perlu bersiap ke office dengan segera." Di capainya satu persatu make up untuk di alas di muka putih gebunya. Baju. Ungu berkilauan. Sedia! "Wah, aku ni cantik kan? Now I'm ready to go!" Terus dicapai jam tangan jenama Polo Club berwarna putih (bukan original) lalu dipakai. Oh masih belum lengkap penampilanku!

Di raba sesuatu di atas meja solek berkenaan. "Ah, mana dia?" Muka putih gebu itu bertukar merah. "Aku letak dimana?" Di carinya disetiap penjuru meja itu. Tak ada! Di bawah meja. Tak ada! Di sekeliling meja. Pun tak ada! Berhampiran longgokkan alat solek. Juga tak ada! Mana? Mana? Oh cincin, mana kau sayang... "Cincin sahut panggilanku.." Segera cari dipelosok isi rumah yang sinonim menjadi tempat sepahan barangannya. Atas TV, atas peti ais, atas iron board, atas dining table, atas almari. Tak ada! Tak ada! Tak ada! Semua tak ada! Hampir menggila! Terasa panas di kelopak mata. Alamak, mata bergenang. Jangan jatuh air mata ini. Nanti make up cair. Please. Resah menyelubungi. Gelisah.


The band on my finger reminds me not
The riches to be had or what I've got
The golden circle wrapped around the finger
Show the faithfulness I have for my Lover
Is forever reminder of a promise to keep
Thus taken along on all of my trips
Never taken off in shower or in sleep..


Terduduk di atas sofa. Memikirkan. Aku pasti aku simpannya baik-baik di situ. Semalam. Gusar. "Cincin, aku tak pernah tanggalkan kamu dari jari manis ini." Jari telunjuk, jari tengah, jari kelingking dan ibu jari menjadi saksi. Jam antik berusia hampir 3 abad memekak. Tik tok tik tok... Tersedar. Kerja! Oh sudah lambat! Pasti terlewat nanti. Harus ditinggalkan saja? Aku amat kekok tanpamu. Jari jemari terasa ringan. Oh cincin, mana kau sayang... Pasrah.. Perlu tapi terpaksa. Berat hati. Sayu. "Selamat tinggal cincin. Kali ini aku bakal rindu sama kamu!" Tunggu aku pulang. Aku akan tetap mencari di mana kau cincin. Aku akan cari! Pasti!




"That day I wore the Ring"

2 comments:

  1. huh.
    ilang betul ke? i felt empty without a ring on my finger.

    eh.betul ke transition aku?

    ReplyDelete
  2. ilang buat 1 hari je..hehehee..blk umah cari2 jmpa blk..tu tu kat atas aku ade buat sequel.kikikihh

    ReplyDelete