Protected by Copyscape Plagiarism Check
Showing posts with label current issue. Show all posts
Showing posts with label current issue. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Apa kau dah banyak sangat duit??

Assalamualaikum

Computer agak ting tong. Baik laptop mahupun desktop. Dua-dua macam mogok lapar.

Sekian kali dan sekali lagi menulis. Issue baru. Issue duit yang berkepok kepok nak bagi kepada orang yang mungkin pendek akal. Pendek akal yang mana malas nak menggunakan akal fikiran untuk berfikir. Otak ada tapi nak simpan untuk masa tua. Jadinya bila masa tua nanti baru boleh gunakan akal untuk memikior masa depan yang mungkin ada lagi kedepan.

Dan lagi sekali. Bila I mula lah mengarut, korang pun turut membaca jugak.. hehehehee. Ehh tapi kali ni tak mengarut. Serius ni ~_~"

Selalu terima email dari dermawan. Nak bagi I duit percuma. Tak pun menang loteri or nombor ekor. FYI, benda ni haram tak ada istilah halal. Halal kalau korang kelabu mata denga tawaran jutaan ringgit U.S Dollar. memang dalam U.S Dollar. I ulang U.S Dollar. U.S Dollar adalah currency United State yang terletak di North America yang mana U.S di antara Canada dan Mexico. FYI, terdapat jugak The Great Lakes = combination of 5 lakes. Please name all? (10 marks).

Korang mesti pernah terima inbox/spam macam ni.


Tak kisah lah macam mana rupanya. Tapi email lebih kurang macam ni. Actually banyak gak I dapat tapi honestly masa first email dapat macam OMG! Aku kaya terus nak resign kerja. Tapi nasib akal panjang lalu berfikir, ada ke cara senang nak dapat duit sebanyak itu dalam satu hari? Maka akal panjang telah mematikan niat untuk kaya. Ok korang dah faham dengan maksud akal panjang dan pendak? Masih tak faham? Terus berfikir.

Lalu I terus click dan baca email berkenaan. Untuk mengisi masa terluang yang menjadi ruti pagi-pagi I mengelebek email takut ada yang urgent perlukan pembedahan segera.




 I tak faham kenapa taktik kotor dorang ni guna. I confident habis ni kerja orang luar. Sebabnya no fon provided no oversea yang mana ntah I tak pernah dengar. Isk. Janganlah korang pendek akal. Jangan terpedaya. Mereka ni semua auta bukan fakta.

Hati-hatilah kome.

Melampaukan dorang ni. Tampar nak??

Ni kategori jenayah cyber la ni. Yang paling takut godam-godam ni. Takut jugak I nak gunakan online banking. Maybank2u, CIMB click etc. Selamatkah?

Saturday, January 22, 2011

Talking about Humanity

Assalamualaikum..

Incident dramatic tercetus dalam tengahari tadi masa brader-brader tengah nak susun atap genting keliling rumah. Tak tau macam mana nak describe bumbung keliling rumah sebab selalunye bumbung atas rumah. Ahh tak kisah. Stori ni nak bagitau, eventho brader-brader tu bukan our citizen atau pun nama lagi sedap eventho brader-brader tu bukan lah orang kaya sama macam kita ehhh sama macam kau, tak payah nak layan dorang ni macam bukan manusia. Tak boleh la kalau tengok manusia sesama manusia layan manusia semasa manusia macam bukan manusia sesama manusia. Oihh memang bukan manusia.

Al-kisah

Seorang brader yang sorang ni tengah susun atap genting kat tingkat satu, tapi ntah macam mana salah skill lak dah, salah pijak ke, atau berat badan bertambah naik mendadak tapi tak perasan sebab hati senang dapat job what-so-ever, terkejut badak masa tu I tengah tido sebab letih sangat keluar pergi beli nasi lemak pagi-pagi teheeeee. Terkejut badak bila dengar bunyi is like runtuhan. Memang sah runtuh bumbung yang dorang tengah susun atap genting tu. Fuhhh kaget bangat haku. Bunyi macam berdentum. Ngeri huihh. Tak boleh imagine lagi. Macam mimpi. Dalam tengok runtuhan tu yang I tengok kot tingkap sebab tak sempat lari keluar tengok real punya, I nampak kaki orang dalam runtuhan tu. Masa tu I dah dengar orang jerit-jerit and nampak lah brader-brader lain yang I rasa kengkawan dia lari kerumun nak tarik si brader ni (dari bangladesh kot rasanye-tapi serius,...muka dia memang jenis muka kesian tak tau nak cakap). Yang mak I dah mengucap panjang dah... My big bro dah join venture dengan brader-brader lain angkat si brader tu, ayah I lak lari lintang pukang keluar dalam bilik air bila orang jerit-jerit nak pergi ke tempat runtuhan. Serius, bukanlah nak cakap yang tak elok, I ingat DAH SELAMAT...... dah brader tu sebab TAK GERAK. Ingat dah patah riuk dah or BERLUMURAN DARAH dah. Memang I over sikit bab-bab imagination ni. Takut ah! mimpi ngeri malam ni.

Tapi serius lah orang bawah runtuhan dan lagi tragik, lokasi brader tu tercampak dari ATAS BUMBUNG RUMAH sangat jauh yang mana tercampak sampai masuk rumah sebelah hokey! Tapi nasib bila kengkawan dia goyang-goyang sama dia, fuhhhh alhamdulillah dia sedar tapi macam dalam alam fana lah. BLURRR. Tak pe lah. Can you imagine someone fall dari tempat tinggi dan dihempap runtuhan (macam gempa bumi)?. Tragik and teruk lah kan?? So yang both my parents ni cubalah bantu sedaya mungkin, tinggal tak buat CPR je lagi huhuhu. Siap bentang kain etc nak bagi brader tu rehat. Paggil masuk rumah rehat. Ayah I pun cakap lah kat si tokey a.k.a bos pada brader ni. Bawak dia pergi hospital check. Takut internal injury ke apa ke... Yang tokey ni cakap. Iyalah. Kasi dia rehat dulu. Ok lah....

Yang best I dengar si tokey ni cakap masa si brader tu tengah rehat, "dah ok nanti balik sambung kerja".

Mak aihhh.. allo tokey, brader tu baru jatuh dari bumbung rumah tinggi kot and dihempap kayu-kayu dan atap segala. Ntah patah tulang ke bleeding ke apa ke. Korang imagine lah. Sila-sila imagine. Sedih tengok! Ada ke patut kau cakap macam tu. Hallooo taulah dorang ni orang susah, baju pun koyak-koyak muka macam tak cukup makan pakai selipar putus. Taulah dorang ni cari makan kat negara kita. Taulah dorang ni mukan rakyat Malaysia. Taulah dia bukan bangsa kau. Taulah dia bukan sedara kau jauh sekali anak kau. Taulah kau tak suka dorang ni sebab I pun kadang-kadang menyampah sebab tak respect kita. Dalam erti kata buat macam tempat sendiri (untuk sesetengah je). Tapi kau boleh tak ada sikitttttt perikemanusiaan??

Memang lah kau ni....................

Sunday, December 19, 2010

Morning morning glory ! !

Readers,

Kalau you all nampak post I macam ni, confirm you all tau yang my mood is swinging-swinging in the air hehehe.

Good morning all.

Just a little bit musnah yesterday because, the thing that I really wanted was out of stock! Baru I ingat nak clear account untuk duit baru yang nak masuk ni. Tapi disebabkan shopping complex tu tak menyokong  untuk pembaziran, jadi terus je stock tak ada (fuhhh).

Tapi tak apa, mission seterusnya most probably ke Penang pulak teheee. Kena cari sampai dapat kalau tak, I tidur mimpi hantu lah jawabnya (then suddenly semalam I mimpi hantu- serius!). Siap mimpi I bermula dengan kejadian bunuh-membunuh then mangsa bunuh tu jadi hantu! Scary owhhhhh! Eventho dalam mimpi, tapi everything nampak real je.Terus je terjaga dari tidur then boleh pulak mata ni terpandang pada kelibat yang macam swing ke kanan swing ke kiri. Terkejut badak jugak la I (badak terkejut macam mana ek? Maybe macam I terkejut malam semalam kot ngeee). Tapi rupa-rupanya towel yang tergantung baik punyeee. Adehh mau heart attack gue!

Lepas tu sebelum pergi kerja tadi, I macam biasa mengutiplah newspaper yang dicampak oleh si penghantar newspaper setiap pagi. Kadang-kadang terperosok bawak kereta, kadang-kadang bawak kabinet kasut, kadang-kadang terselit tepi pasu, kadang-kadang tak jumpa langsung muahaha. Terus je nampak front page budak 14 kena bunuh (paper metro hari ni). Scary... Apala zaman sekarang ni, main bunuh-bunuh. Ingat macam main masak-masak ke?? Dah nak balik zaman jahiliah ke apa. Takut je sekarang ni. Ingat dah ada anak nanti, pergi sekolah I nak hantar, balik sekolah pun nak ambil. Tak lepas kot rasanya nak biar balik sendiri. Duduk tak senang je. Lagi bagus kalau bagi diorang blackberry ke apa ke sorang satu teheeee (MELAMPAU!) ahhh NOKIA 3310 sudah... Zaman sekarang, budak pergi nursery pun bawak handphone. (Serius- its happen!) hehehe.

Ya Allah, jauhilah diriku dan orang-orang yang aku sayang daripada apa jua perkara yang tak diingini. Lindungi kami.

 Tetiba je..



Saturday, November 6, 2010

Talking about Banjir

Bangun pagi-pagi. Gigi tak gosok. Mandi pun tak. Bau kambing teheeee.. Terus nak update blog. Apa ke benda haa? Dah semua dok update stori banjir, so I pun nak sebok nak gak update banjir jugak. Nanti the readers tanya why tak update pasal banjir since tengah hot issue sekarang ni muahahaaa..

Go there go here..
Went there went here..
Dah jadi volunteer banjir.. Btw, volunteer jalan-jalan tengok keadaan banjir je hehee.

Everyone rambling about banjir loh. To mat salleh.. Let me tell you BANJIR is FLOOD not FLOAT. That one is superdelicious to eat two thumbsup! -out of topic-

Talking about banjir,
Northern part of Malaysia almost sink by 'koko' water (air color coklat teheee). Lucky my rumah masih selamat and water supply still functioning macam biasa. Alhamdulillah. Tapi sedih dengar some of my friends suffer from this disaster (should I called this as disaster?). Dah la rumah naik air, bekalan air tak ada, elektrik pun tak ada. Sabar k..

Sekarang rumah I dah jadi tempat bekalan air bersih. Bersih ke? (sila tanya syarikat air. Apa ye negeri Kedah punya? hahaha) since saudara-mara yang mana rumah dah putus air datang ambil air. Teruk tengok diorang angkut air berapa kali trip dah. Segala jenis TONG ada tinggal TONGkat ali je tak ada lagi. Adehh.. Siap offer kawan-kawan yang ada kalau nak air, boleh ambil kat rumah I teheee. Fikir macam ni la, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Esok lusa kita tak tau, kita pulak yang susah..

Renung-renungkan lah...
Dan selamat beramal...

*Tak nak letak gambar banjir. Kalau you all nak, sila search kat internet sendiri and even other bloggers pun banyak up pic banjir. Please do visit hokey..

Actually after finished reka-reka above entry then I just save into draft teheee.. I tak publish terus. Because I have some continuous entry..

See below..

Oh btw, just returned from helping my 'VIP' move out from his rent house to quarters. Angkut-angkut barang, sapu-sapu sampah, mop-mop lantai, lap-lap habuk, susun-susun perabot. Seriously, tak penat langsung. I wondering why haaa....? Why tak penat? heheee. Oh that VIP is so special.

Monday, July 12, 2010

Lori Pelasit ! ! !


Huiiyoo boleh tahan lori sekor ni. Peak hour pagi-pagi orang nak pergi kerja, bawak macam celaka (agak kasar ye sebab saya memperjuangkan nasib pemandu-pemandu lain). Dah la bawa lane tengah, laju pulak tu. Bukan je laju, main cucuk-cucuk belakang kereta orang. Bahaya gila! Apa kau ingat jalan ni bapak kau punya or..maybe memang bapak dia punya jalan kot ntah I DON'T CARE.. Saya tak risau sangat tentang pemandu-pemandu kereta lain yang berhemah (err maybe only some yang berhemah), but I really DO CARE about riders aka penunggang motorsikal. Baru semalam saya baca berita penunggang motorsikal dirempuh lori. Memang pelasit la dorang ni (ok ni pun some of lorry sahaja bukan semua). Yang baik-baik pun saya pernah jumpa macam suka bagi signal kalau jalan depan clear nak kita potong. Itu saya suka kihkihkih.. Tapi tolong la, jangan jual ikan ok atas jalan. Saya pun bayar road tax apa ni hujung bulan dah kena bayar road tax + insurance. Hambik kau saya sempat ambil gambar kau. JPJ black list ini lori pelasit kota.... Bawak laju dah la lori tanah kot, lepas tu jatuh habis tanah-tanah bertaburan atas jalan kena kereta saya yang comel baru lepas mekap. Comot habis. Kalau bawak slow tak ada la tanah tu nak berterabuq atas jalan. Jalannnnnn Dahhhhhh



Tu dia lori yang dimaksudkan. Laju siot ni.




Dia mabuk ke kiri




Dia mabuk ke kanan




Ada dua bijik total lori ni. Dua-dua pun sama patut campak kat kilang besi!!



Sunday, May 16, 2010

Sebab tu aku tak mau jadi Ahli Sukan


"Woi Tak reti main ke? Balik tido la! ! Buang masa aku je.."

"Apa punya *&^%)$$%* la main macam tak makan ! !"

"Pukul la apasal dok rally lak. Nak tunjuk skills ke ah wtf??"

"Hek eleh macam &^$#&**%$ la tak nampak ke bola out! !"

Yang paling best..

"Woi bagi tok aku main lagi terror kot leh smash kepala kau! !"

Erkk...?
Ni antara ayat-ayat yang aku dengar la sepanjang game Piala Thomas/Uber. Bukan la bermakna aku ni big fan of badminton eventho my father is a big fan of badminton (bukan my father yang cakap ayat di atas). Ni aku dengar masa makan kat kedai mamak haha. And plus I didn't have any experience playing badminton tapi kalau main suka-suka ada la but that was long time ago when I was in primary school. Ok the topic here is..

Why should you spectators or pencinta sukan sekalian should blamed on players? Aku mau tanya you all ni, sapa yang turun court untuk kalah? It's sound like this la.. (just think all)

Lee Chong Wei said before he enter the court "Wa mau kalah ini hali. Wa manyak malas punya mau main itu sungguh-sungguh. Talak ong wa susah kasi menang punya punnn.. Wo hen mang ni zhidao ma? Wo qu shuijiao lol."

or maybe

Hafiz Hashim said "adus malasnya nak angkat raket macam mau campak je bagi kepala ref"

You all, tak pernah kan players cakap camtu (aku tak tau la kalau dalam dalam hati haha). But I know of course they play for wins!! Thus menang dapat duit lagi sapa yang tak mau. Kalau aku pun mau.

Ok why I emo dah sebab geram dengar orang senang cakap tapi yang bermatian-matian adalah players. Aku kesian menang kena puji kalah kena maki. Tapi dalam hati aku pun marah jugak ni tapi aku tak mau ambil port sebab aku tak dapat apa-apa jauh sekali dapat duit topup kredit haha. Mengarut ah. Ok Persatuan Badminton Malaysia, you should prouds having me because I won't say anything bad to players but I will say..

Lain kali turunkan la players muda-muda sikit.. Sampai bila nak suruh 'orang lama' main? Yang muda lak sampai bila pun tak de experience in this such a big game. hihihihikkk

Jadi baik saya kerja ini...








Ok aku tipu! aku tak suka pun kerja yang aku buat dalam gambar ni. Sekian Terima kasih.




Monday, May 3, 2010

Tempat Tinggal yang Paling Best Sekarang nih


Kali ni dah tak boleh tahan dah wooOoOoo. Melekit-lekit kot badan ni panas rasa air terjun dok curah-curah belakang badan. Bahang ni. Rambut dah tak tau nak sanggul tinggi mana ntah dah macam orang tengah pantang dah. Tinggal tak de baby je. Kalau tak kompem aku macam, hot mummy muda tuh. Padahal rambut tak de la panjang mana pun lepas baru pergi potong reason: Nak pergi kerja susah ooo nak manage. Pendek senang tak payah susah-susah nak rapi segala. Tapi tak de la pendek boy cut sebab aku tak mau hilang kejelitaan aku. Hahaha poyo jek! Serlum (tau ke korang serlum ni apa?) tudung pergi kerja. Tak sikat pun tak apa. Kincir angin a.k.a aircond dah buka tapi rasanya tak boleh lawan lagi zarah-zarah bahang ni kot. Owh hujan turun la dikau. I rindu sama kau. Dah letak low temperature habis penyaman udara cewah. Dah la aku ni tak boleh panas kang berpeluh macam mandi. Serious no kidding I am sweating. Puteri lilin maafla dulu I was in New Zealand!

Tengok ikan, ayam, nugget, funfries dalam peti ais macam best je korang sejuk. Siap korang esok aku goreng hangus korang baru tau panas tak panas. Gila apa aku ni nak marah-marah tak tentu pasal. Rasa macam nak duduk dalam tu je malam ni. Best gila kot sejuk! Jangan esok mama bukak peti ais nak makan vitamin C nampak aku macam Queen of Narnia dah. Dunia semakin panas. Sokongla pengurangan pemanasan global (macam apa ntah tak sedar diri pun contribute pada pemanasan global dengan pasang aicond plus hari-hari beli makan pakai polistrin bubuh dalam beg plastik. Cakap boleh la...)





Nampak tak dunia dah semakin cair. Korang tak dengar ke dunia jerit.. Ehe ehh panas la korang dok asap-asap apa...?? (sila translate asap tu apa equals to smoking) Tak Nak...!! Katakan Tak Nak Smoking. So siapa yang smoking please ambil iktibar suruh cepat-cepat stop smoking.




Tengok satu hari orang pun boleh cair camni kalau tak dibendung. Nanti ambik vacuum sudah sedut-sedut buang aje. Tapi muka macam hensem. Macam aje la excuse me.. aku tak cakap hensem pun sebab aku penah jumpa yang lagi hensem. Adik mannniiisssss..

Tapi serious la kes global warming should be worried! Sekarang dah duduk macam dalam oven and please think 20 years ahead macam mana? Our grandchild.. Owh nasib korang la (haha cukup kejam cakap camni) apa our grandchild rasa actually hasil tangan orang sekarang jugak. Aku tak mau sebab aku sayang ooo anak cucu aku. (cepat-cepat bangun tutup aircond, lipat-lipat surat khabar jadi kipas terus kipas-kipas). Temperature sekarang (suhu bilik yang aku baca bersamaan 35c ! !)



Ni dia rekod suhu pada malam ni. Fuiyoo 35c. Kalau dulu suhu ni record tempat macam padang pasir je. Ni bukan tipu punya sebab remote aircond ni memamg baca suhu bilik. Bukan suhu yang sengaja di-adjust okay macam adjust suhu aircond~

Sudah la apa merepek malam-malam ni sebab kes tak de kerja and I am thinking of having new handphone since my handphone likes mati tak mau..hidup pun tak mau.. I went to Maxis dealer STAR PARADE then I caught A BROCHURE of idama kalbu......ngeeee~