Incident dramatic tercetus dalam tengahari tadi masa brader-brader tengah nak susun atap genting keliling rumah. Tak tau macam mana nak describe bumbung keliling rumah sebab selalunye bumbung atas rumah. Ahh tak kisah. Stori ni nak bagitau, eventho brader-brader tu bukan our citizen atau pun nama lagi sedap eventho brader-brader tu bukan lah orang kaya sama macam kita ehhh sama macam kau, tak payah nak layan dorang ni macam bukan manusia. Tak boleh la kalau tengok manusia sesama manusia layan manusia semasa manusia macam bukan manusia sesama manusia. Oihh memang bukan manusia.
Al-kisah
Seorang brader yang sorang ni tengah susun atap genting kat tingkat satu, tapi ntah macam mana salah skill lak dah, salah pijak ke, atau berat badan bertambah naik mendadak tapi tak perasan sebab hati senang dapat job what-so-ever, terkejut badak masa tu I tengah tido sebab letih sangat keluar pergi beli nasi lemak pagi-pagi teheeeee. Terkejut badak bila dengar bunyi is like runtuhan. Memang sah runtuh bumbung yang dorang tengah susun atap genting tu. Fuhhh kaget bangat haku. Bunyi macam berdentum. Ngeri huihh. Tak boleh imagine lagi. Macam mimpi. Dalam tengok runtuhan tu yang I tengok kot tingkap sebab tak sempat lari keluar tengok real punya, I nampak kaki orang dalam runtuhan tu. Masa tu I dah dengar orang jerit-jerit and nampak lah brader-brader lain yang I rasa kengkawan dia lari kerumun nak tarik si brader ni (dari bangladesh kot rasanye-tapi serius,...muka dia memang jenis muka kesian tak tau nak cakap). Yang mak I dah mengucap panjang dah... My big bro dah join venture dengan brader-brader lain angkat si brader tu, ayah I lak lari lintang pukang keluar dalam bilik air bila orang jerit-jerit nak pergi ke tempat runtuhan. Serius, bukanlah nak cakap yang tak elok, I ingat DAH SELAMAT...... dah brader tu sebab TAK GERAK. Ingat dah patah riuk dah or BERLUMURAN DARAH dah. Memang I over sikit bab-bab imagination ni. Takut ah! mimpi ngeri malam ni.
Tapi serius lah orang bawah runtuhan dan lagi tragik, lokasi brader tu tercampak dari ATAS BUMBUNG RUMAH sangat jauh yang mana tercampak sampai masuk rumah sebelah hokey! Tapi nasib bila kengkawan dia goyang-goyang sama dia, fuhhhh alhamdulillah dia sedar tapi macam dalam alam fana lah. BLURRR. Tak pe lah. Can you imagine someone fall dari tempat tinggi dan dihempap runtuhan (macam gempa bumi)?. Tragik and teruk lah kan?? So yang both my parents ni cubalah bantu sedaya mungkin, tinggal tak buat CPR je lagi huhuhu. Siap bentang kain etc nak bagi brader tu rehat. Paggil masuk rumah rehat. Ayah I pun cakap lah kat si tokey a.k.a bos pada brader ni. Bawak dia pergi hospital check. Takut internal injury ke apa ke... Yang tokey ni cakap. Iyalah. Kasi dia rehat dulu. Ok lah....
Yang best I dengar si tokey ni cakap masa si brader tu tengah rehat, "dah ok nanti balik sambung kerja".
Mak aihhh.. allo tokey, brader tu baru jatuh dari bumbung rumah tinggi kot and dihempap kayu-kayu dan atap segala. Ntah patah tulang ke bleeding ke apa ke. Korang imagine lah. Sila-sila imagine. Sedih tengok! Ada ke patut kau cakap macam tu. Hallooo taulah dorang ni orang susah, baju pun koyak-koyak muka macam tak cukup makan pakai selipar putus. Taulah dorang ni cari makan kat negara kita. Taulah dorang ni mukan rakyat Malaysia. Taulah dia bukan bangsa kau. Taulah dia bukan sedara kau jauh sekali anak kau. Taulah kau tak suka dorang ni sebab
Memang lah kau ni....................
No comments:
Post a Comment