Protected by Copyscape Plagiarism Check

Thursday, February 25, 2010

Tips Menjadi Students Yang Disukai Lecturer


Khas pada semua pelajar-pelajar diluar sana tak kirala dalam negara ke, luar negara ke atau yang bukan pelajar pun tak apa. Yang tadika lagi bagus baca sebagai persediaan ke menara daging ehhh gading ye. Disebabkan permintaan bertalu arus bertanyakan macam mana nak ambil hati lecturer maka saya dengan senang hati nak berkongsi tips tips tersebut. Sila pastikan anda semua tak miss tips yang berguna ini demi kepentingan anda dikala mahu mendapatkan markah yang tinggi dihujung semester. Bukan senang nak pecah rahsia ni.

TIPS TIPS

1. Pastikan anda melemparkan senyuman pada lecturer tersebut tak kira di mana jua tapi pastikan lecturer tersebut berada dalam keadaan yang tidak menggerunkan.
(kalau nampak macam nak makan orang baik jauhkan diri anda kerana mungkin anda akan hilang satu gigi)

2. Tolong lecturer anda sekurang kurangnya tolong bawa LCD yang di bawanya dan lagi bagus bawa la semua barang yang lecturer tu nak bawa masuk kelas.

3. Datang kelas awal 30 minit demi memastikan anda sentiasa bersedia dengan kelas yang akan dimulakan.
(kalau naik bas pun kat tiket tu cakap sila datang 30 minit awal)

4. Hantar segala tugasan yang diberi tak kirala susah ke payah ke sukar ke pada tarikh yang sepatutnya dihantar. Lagi bagus hari ni bagi setengah jam berikutnya terus hantar.

4. Tak perlu nak buat muka comel plus terkejut plus blur masing masing tu bila tiba tiba lecturer cakap.."ok ada test or quiz segala".

5. Jangan ponteng kelas dengan alasan sakit perut, sakit kepala, sakit kaki, sakit tangan, sakit badan, sakit hati, sakit sakitan semua kerana itu alasan standard.
(serahkan Mc sebagai bukti - MC beli boleh ke?)

6. Jangan main main semasa sesi pembelajaran tengah berlangsung terutama bila lecturer tengah dok bebel kat depan. Lagi tak boleh kacau kawan sebelah, dua belah, tiga belah, empat belah etc..
(ni cukup pantang)

7. Jangan menyampuk semasa lecturer tengah membebel di depan kecuali kena pada masanya. Kalau tak paham angkat tangan tanya elok elok.
(orang tua tua pun ada pesan jangan menyampuk bila orang bercakap kan..)

8. Tak perlu nak calling calling lecturer di tengah malam termasuk la selepas tengah malam semata mata nak tanya.."miss/sir soalan nombor 3 saya tak paham la.."
(erk....? esok masih ada ya)

9. Matikan handphone atau silence mood ketika dalam kelas sebab lecturer sangat jealous dengan handphone canggih manggih anda tu.

10. Bawa bahan bahan pembelajaran yang diperlukan seperti bukus, pens, papers, notas, etc. Jangan hanya mengharapkan kegunaan telinga anda untuk mendengar bebelan lecturer kerana khuatir keluar kelas nanti setiap yang di dengar tercicir a long the way.

11. Jangan loyar burok bila lecturer tanya soalan pada anda kerana anda mungkin tak mahu jika lecturer anda loyar playar burok anda tu.
(nak loyar burok sila di tempat lain)

Yang terakhir....


12. Sayangila diri anda kerana kalau tak sayang diri anda maka siapa siapa pun tak kan sayang diri anda.


ok..siapa siapa yang nak tambah lagi tips tips silakan ok...









No comments:

Post a Comment